GUILT

1. 
bulan ramadhan bulan buatkan lebih kronik rindu pada si mati, oldman. harap tenang dan di syurga.

2.
 rindu tu saya tahan, beraksi normal takut diluah kan pada sekeliling betapa rindunya saya takut sekali lagi dinilai tidak meredha segala-galanya.

3. 
bertambah rindu bila ada sedikit konflik dengan oldwoman. bukan berdegil tapi bertegas. tapi hati ini tidak dihirau. masa membesar dulu dibesarkan dengan orang gaji, makan minum dihidang oleh orang gaji. mengadu menagih kasih pada bukan pertalian, duit belanja sahaja dia ingat paling penting, isi hati? Kasih sayang? pandai lah uruskan sendiri. ingatkan tua ini dia ingin pedulikan.... tapi tidak.

4.
berkali-kali berkira mahu jumpa kepada pakar jiwa kerna nyaris-nyaris rasa saya ini jiwa masih berluka dan ada bersisa-sisa darah. ingatkan sudah sembuh sempurna diubat dek masa, ternyata tidak. kadang - kadang gila terlalu jelas terasa.

5.
semalam pukul 5 pagi di atas katil tenung dinding dalam kegelapan, berfikir, bertanya dan menyoal berulang kali pada tiada sesiapa, mungkin pada tuhan. mencari jawapan tiada balasan secara lisan mungkin terus kepada hati naluri dan kesedaran akal sendiri.

6.
anak didik setiap semester sikapnya semakin mencabar. kadang terasa betapa tak bergunanya saya sebagai pendidik. gagal. berpura-pura kuat dan betul semua sedangkan saya jiwa tengah berkonflik dan kompleks. apa yang mahu diterap tak lekat-lekat. doa saya pada mereka supaya berjaya dunia dan akhirat tetap 5 kali sehari.

7. 
saya tak tahan, jemu mual dan sakit dengan semua. banyak mahu diperkata dan luahkan pada manusia sebenar bukan disini. tapi akhirnya ambil keputusan untuk simpan dalam-dalam supaya tampak seperti biasa


salam ramadhan all.

5 comments:

Anonymous said...

stay strong akk. the least I could say.

karenontheshore said...

+ anon
thank you so much dik

Pisey said...

How are you my friend?
Though the best question would be:
Are you okay Karen?

Maaf lama tak singgah.
Been juggling and balancing my messed up life and soul myself.

Moga tenang saja kita di kemudian hari.
Jaga diri.

karenontheshore said...

+ Pisey
am doin fine and tryin to be ok bcoz recently a lots things happen all at once, thanks u for askin and what about u?

take care of urself too!

Pisey said...

Life is unpredictable. But I'm still alive :)