WINDY, COLD AND RAINY


impian menjadi realiti. Mahu berada di lautan ketika langit kelam kelabu, menangis dan titiskan air matanya menyentuhi permukaan lautan tuhan malah angin menembusi badan terus menusuk ke tulang. warna hijau pekat ke biru tua hingga hitam gelap sungguh menawan dan itu warna kehidupan.perasaan itu sungguh terasa dekat dengan diri. sepanjang perjalanan di lautan suara manusia dan kata-kata tidak diendahkan, kadang-kadang jawab, senyum dan angguk. arvo part - spiegel im spiegel dimainkan dilubang telinga sambil tenung jauh nun lautan saya putar tayang beribu kali berimaginasi jatuh jauh ke dasar dalam. adakah akan meronta berjuang mahu naik ke permukaan untuk teruskan kehidupan atau depangkan tangan, pejamkan saja mata mengamit memori pada orang tersayang, mengingat pada tuhan, syahadah...in sha allah, lalu biarkan diri hanyut tenggelam ke dasar lautan, nafas putus berhenti dan mati.









ALONE AGAIN NATURALLY

Kebelakangan ini kerap sangat dipersoalkan. Orang selalu anggap akak ni tiada kawan hidup sunyi sepi sebab selalu ambil gambar mendalam ala- ala melankolis sepi gituu. Makan sorang-sorang ke? Pergi sorang-sorang ke?

Sepi itu sebahagian kecil ada dalam kehidupan ni dik oi. Mungkin hidup korang sempurna malah korang pun sempurna maka kehidupan korang selalu bahagia dan sentiasa dibawah junjungan pelangi, jadi disebabkan ini tiada pernah rasa apa itu sepi. Ewahhh...fantastik gittuuuu. Heheheh. Hidup ni sepi itu ada sedikit dik oi tapi ko x tahu kat alam kubur tu lagi gelap gelita sepi dia lain macam tahap kronik punye dik oi. Sepi tanpa ditemani kerabat, keluarga, kekasih atau teman semasa di dunia. Kang akak dah membebel. Herk.

Kadang-kadang kita ingat kita kenal dan faham seseorang melalui penilaian gambo atau paparan di laman sesawang je. Eh dia ni kawan ngan pokok ke, ngan matahari ke, cahaya matahari ke, ngan awan langit ke? Gila ke apa? Hahaha. Ish ish ish.

Bahagian orang penting dalam hidup ni mau pun bahagian riang ria gembira sayu sadis yang terlalu sulit bagi akak...ada akak simpan dalam memori simpanan peribadi laa dik oi. Well u noeee bende sulit, peribadi dan bahagian penting contoh seperti buah dada atau alat kelamin..kita tak tunjuk kat orang kan kan kan. Kahakahakah. Contoh kay contoh.. Akak ni takde lah gila nak berkawan dengan matahari bulan rumput bagai disebabkan kesepian sangat.

Bukan apa... takut papar ultimate happiness sokmo kan korang akan down "Ya Allah kenapa lah hidup aku x macam dia, why why? why? Dia bahagia, dia makan tempat best-best dengan kawan-kawan dia yang ramai..dia pergi cuti sana situ sini, kenapa bukan aku? Kenapa?"

Haa kat sini nampak tak element-elemant tak senonoh tak bersyukur pada Tuhan, kang kena laknat kan kan kan...al maklumlah suka memperbanding-bandingkan adalah sifat manusia biasa. Akak faham.. Akak pun kadang-kadang macam tu. Suka bandingkan diri dengan Lady Rose.

Sebenarnya ada hikmah bila akak post part sedih sepi dan kegagalan... Ia akan memotivasikan dan mempositifkan hidup korang sebenarnya tau tau... , ko akan feeling great! superb duperb!.. "rupanya hidup aku lebih baik dan bagus! ya rabbi alhamdullillah di atas kehidupan ini. Kalau nak comparekan dgn hidup si karen ni, makan sorang jalan sorang tiada kawan tiada laki tiada anak, mak aihh hidup kelam laa...ishh menyedihkanlah! Nauzubillahiminzalik."

Aahaaa... Kang comel gitu. Bersemangat nak hidup dan berterima kasih pada Illahi. Hehehege.

Baik kan Adinda. Adinda x nak kasi orang kebanyakkan feeling down ja.

Nah... Tengok ni sepinya lautan itu. Tapi tenang kan. Terima kasih Tuhan mencipta dan memberi kesempatan untuk kami melihat semua ini.


GUILT

1. 
bulan ramadhan bulan buatkan lebih kronik rindu pada si mati, oldman. harap tenang dan di syurga.

2.
 rindu tu saya tahan, beraksi normal takut diluah kan pada sekeliling betapa rindunya saya takut sekali lagi dinilai tidak meredha segala-galanya.

3. 
bertambah rindu bila ada sedikit konflik dengan oldwoman. bukan berdegil tapi bertegas. tapi hati ini tidak dihirau. masa membesar dulu dibesarkan dengan orang gaji, makan minum dihidang oleh orang gaji. mengadu menagih kasih pada bukan pertalian, duit belanja sahaja dia ingat paling penting, isi hati? Kasih sayang? pandai lah uruskan sendiri. ingatkan tua ini dia ingin pedulikan.... tapi tidak.

4.
berkali-kali berkira mahu jumpa kepada pakar jiwa kerna nyaris-nyaris rasa saya ini jiwa masih berluka dan ada bersisa-sisa darah. ingatkan sudah sembuh sempurna diubat dek masa, ternyata tidak. kadang - kadang gila terlalu jelas terasa.

5.
semalam pukul 5 pagi di atas katil tenung dinding dalam kegelapan, berfikir, bertanya dan menyoal berulang kali pada tiada sesiapa, mungkin pada tuhan. mencari jawapan tiada balasan secara lisan mungkin terus kepada hati naluri dan kesedaran akal sendiri.

6.
anak didik setiap semester sikapnya semakin mencabar. kadang terasa betapa tak bergunanya saya sebagai pendidik. gagal. berpura-pura kuat dan betul semua sedangkan saya jiwa tengah berkonflik dan kompleks. apa yang mahu diterap tak lekat-lekat. doa saya pada mereka supaya berjaya dunia dan akhirat tetap 5 kali sehari.

7. 
saya tak tahan, jemu mual dan sakit dengan semua. banyak mahu diperkata dan luahkan pada manusia sebenar bukan disini. tapi akhirnya ambil keputusan untuk simpan dalam-dalam supaya tampak seperti biasa


salam ramadhan all.

CONFUSED

1. 

whatever attraction, affection or conversation i dont need it. you may take it all. all i need is more time, sleep, music, books and a million shot of espresso

2. 

dear Allah most merciful and beautiful lord.

Please grant me the strength, peaceful mind and soul.


3. 

professional and personal. 
nope!
if its comes out of your mouth?? it is a pooo

4.

that bastard spewed a whole bunch of bullshit. i pray hard to god may you will be forgiven and NOT burn in hell.


5. 

Nothing makes a woman uglier than jealousy towards other women.

or is it pondan toward other perempuan.



I AM OKAY


And

I'm just not happy.

I'm not sad.



In the end of day I feel
e m p t y

JUST LITTLE THINGS

1. 
yang disakiti saya pinta keampunan. yang menyakiti saya maafkan. ketenangan.

2
pergi dengan siapa? sorang?
ya

perghh...memang betul forever alone.
beb, biar forever alone jangan forever asshole.

3.
selepas peristiwa semalam saya putuskan ia merupakan keuntungan bagi diri saya yang mahu turunkan berat badan walhal ia membebankan saya sedikit. positif.

4.
kadang-kadang bila saya tengok cara plating yang wahh gah cantik terlampau sayang dimakan saya merasakan ia sesuatu tidak relevent lagi. aphallll lah?? ingat pinggan ini kertas lukisan ka? ek elehhh...sedap ke? nak je saya campakkan semua.... ya inilah seni kulinari. seni. se ni. s e n i.

jangan indah luaran tapi hodoh rasanya itu sampah. seperti manusia juga. jangan hodoh luaran tapi rasa sedap sebab orang tak akan tertarik teringin nak merasa mencuba dulu. sejajar dengan lumrah manusia yang suka melihat luaran terlebih dahulu. tulah yang saya sentiasa tekankan kepada anak-anak saya.

apa yang bagus, cantik luar di atas pinggan dan cun rasa dalam.




yup! saya sebahagian daripada manusia yang mempraktikkan seni itu.