JIKA DILAHIRKAN BALIK


kalau dilahirkan balik, kau nak jadi apa?

kucing, sebab tak nak dihisab balik - tengku

aku nak jadi bini najib, in sha allah Malaysia dan dunia akan lebih baik...


Kah kah kah kah

kah kah kah 

kah kah


kah!



TELINGA KERA, PAU, TUA DAN NO BIG DEAL

1. 
ooo son, you really made my day!


2.
kadang-kadang bengang saya mencecah tahap tinggi melepasi langit sampai kan saya mahu sumpah budak-budak ni jadi pau! sambil pegang senduk saya ketuk tiga kali di kepala dan berkata "nah!! jadilah kau pau!!"

pau yang putih bersinar seri, ada wap stim sekeliling, berinti bolognese bersepah keju mozzarella didalamnya. terus saya gigit dengan suapan besar dan sedikit asap keluar dari mulut menunjukkan bertapa hangatnya pau..."ngap!!..nyum nyum" 

"blurghh" kenyang sambil usap perut. 

perghhh..kalau lah boleh buat camtu. kalaulah. 

3.
usia makin meningkat waktu makin singkat. borak-borak petang di ruang tamu, bercerita tentang rakan-rakan baru, makanan, pokok, bunga, tanaman dan diselitkan beberapa berita kematian kalangan kenalan-kanalan dia yang saya kenali. cara dia ceritakan bersahaja dengan nada suram ibarat dia redha dengan putaran hukum alam, mati itu wajib. dan cara saya dengar penceritaannya bersahaja, mengiakan segalanya dan sedikit takut.

saya pandang rambutnya putih majoriti, hitam hanya selang seli, tangannya gebu tapi tak segebu dulu dan di hias kedut sana sini. ketika dia leka bercerita saya tenung matanya dan tanya pada diri sendiri "berapa lama masa kita masih ada?". ini lah satu-satunya saya masih ada.

masa depan bukan tanggungjawab saya ramalkannya. masa depan adalah sesuatu yang kabur bukan terang benderang. saya tak nampak apa-apa. apa saya tahu pada saat itu dan tiap-tiap saat akan datang saya harus menikmati dan menghayati dan mencipta memori untuk di ingati kemudiaan hari. hiduplah sepenuhnya


4.
semalam Asiasun tanya saya "karen kau tak nak kahwin ke?" "kenapa kau tak nak ustaz tu?" "kau tak fikir ke pasal kahwin ni" " kau tak minat tak suka perkahwinan ke?" "kenapa tak nak kahwin??"

kahwin kahwin kahwin kahwin kahwin..bertubi-tubi soalan kahwin dia persoalkan. arghhhh.. mual. bukan sekali dah banyak kali.

"Asiasun soalan perkahwinan ni jangan ditanya, ibarat kau tanya bila nak kiamat? bila kau nak mati, kita tak tahu kan..."

28, ya memang dah tua, kalau zaman dulu.. anak masuk ke bilangan lima. saya tahu saya dalam fasa umur nak jadi anak dara tua, saya redha. saya dah lama bertekad dan berfikiran bahawa dalam hidup ni masing-masing ada perjuangan masing-masing. kalau saya tiada kesempatan berjuang menjadi seorang isteri, seorang ibu atau menantu seseorang maka saya akan pilih berjuang menjadi seorang pendidik, kakak, anak dan adik kepada seseorang. 

hidup ini senang... dah kau kahwin jadi bini kepada seseorang maka berjuanglah menjadi bini, jika tak kahwin macam saya. .maka saya pilih berjuang menjadi seorang pendidik dan seorang anak. senang... yang menyusahkan ialah orang suka mengenang dan bandingkan hidupnya dengan hidup orang lain..haa, itulah menjadikan hidup ni susah.

Pasal si Asiasun ni dia sebaya saya, dua-dua bujang, yang membezakan kami ialah dia suka mengenangkan "kenapa..lah tak kahwin lagi" "mana lah pergi jodoh.." dan saya pula suka berbincang perihal "next vacation kita nak p mana?" "tahu tak macam mana nak buat pau ada inti aiskrim kt dalam.." "camne nak buat roti bentuk tiga segi?" "macam mana lah meringue lemon pie dia begitu cantik sekali..."

nak cakap pasal kahwin jodoh...boleh. kadang-kadang, bukannya setiap masa buka mulut je nak cakap pasal lelaki, bende-benda manis cinta, kenikmatan kahwin... dan seumpamanya. topik sedemikian tiada teruja bagi saya.

saya tanya datin "bebs ada orang tanya aku nape x kahwin"

dia jawab... "tak kahwin....no big deal lah...."

"kah kah kah" dua anak dara tua gelak jahat