DEHYDRATED LOVE AND 75%

1. 

bunga sama juga seperti cinta bila layu jika dibuang maka menjadi sampah.

tapi jika disimpan, gantungkannya terbalik, keringkan dan mengambil sedikit masa, akhirnya dapat hasilkan sesuatu yang cantik malah boleh dijadikan hiasan mana-mana sudut rumah atau di hati anda. dehydrated flower. 

alahai begitu juga cinta mu sayang atau perkahwinan... kalau layu jangan mengalah terus buang dapatkan baru, sama-samalah simpan satu sama lain terus bertahan dan masa. in sha allah hasilnya indah belaka. miu miu miu.. _ in 10 percent romantic mood. err herkk



saya paparkan dimuka buku, terus menerus member-members perli sakan. kata saya jiwang karat lah, wauu lah, konon saya dah kahwin lah.. kah kah kah. come on, geli ginjal. saya berkata melalui pemerhatian perkahwinan mereka disekeliling semua. believe me... to love someone in romantic way.. is hard for me. 

2. 

dulu-dulu lah ada satu quote perihal jaga suami elok-elok takut disondol oleh babi. babi kat sini bermaksud perempuan lain. maka bising lah si isteri-isteri di pejabat. saya bincangkan perkara ini dengan seorang isteri, bagaimana kalau si suami itu adalah babi sebenarnya pergi menyondol perempuan lain. sebab saya pernah hampir di sondol oleh suami ber spesis babi ni. saya tak layan sebab dalam hidup ini i wont touch pork and wine. kah kah kah. 

sekali lagi, saya bagi satu nasihat kepada seorang isteri ini di pejabat. ewah - ewah tiba- tiba saya berubah menjadi pakar runding perkahwinan. ini semua disebabkan saya dikusutkan dengan cerita-cerita masalah perkahwinan mereka semua.

" mek joh, perkara pertama mu kena faham dan terima dalam perkahwinan ini ialah.. suami mu tu bukanlah 100 % milik mu, hak mu yang sebenar nya 25%. mana pergi 75 % lagi? 75 mungkin hak milik tiga lagi bakal madu mu.kah kah kah "

ok ok. sudah tentulah si suami tu 100 % milik allah dan ibunya terlebih dahulu, jangan nak bangang dan bangkang.

ini perkara benar, memang lumrah seorang lelaki mereka suka menyayangi, mereka tak akan berhenti menyayangi hanya pada se seorang, kalau boleh semua orang dia mahu menyayangi. tapi, nasib baiklah tuhan hadkan kepada 4. baik kan tuhan. perempuan pula suka disayangi, sebab tu lah bermacam-macam revolusi fesyen pemakaian tudung perempuan. tak pernah berhenti, kejap gitu kejap gini. semuanya tentang mahu perhatian dari seseorang. kah kah kah. 

3. 
hobi masa sekarang adalah pertanian. orang bujang balik rumah nak belek - belek anak tak de suami pun tak de. nak bela kucing pun takut risiko bila mati saya pula mungkin akan meroyan kesedihan. jadi demi hindari menjalankan hubungan yang memerlukan peruntukkan emosi saya memilih pertanian. bertanam ni adalah hubungan yang tidak memerlukan emosi lansung. setakat siram-siram, pastu kalau mati cambah benih baru atau beli anak pokok baru... 

dill

rosemary

lady finger

scallion

cakap pasal bendi, masa anak pokok dijual pak cik tu kata ini bendi merah. siram lah saya sambil berzikir doa agar berbuah, yang keluar bendi hijau celah mana bendi merah ni nak keluar?? kena tipu.