MENGANDUNG DAN GUGUR

1. 


"dikk.. bagi akak dua kotak air mineral yang besar." 
"ok kak... tapi kena angkat sendiri"

sore tadi usai saja habis kerja saya pergi ke pasaraya. beli dua kotak air mineral besar. satu kotak ada 12 botol, setiap botol adalah 1.5 liter. purata berat satu kotak adalah .....ish tak perlu buat kira-kira dengan berat saya ni memang agak berat nak angkat. ingat... saya beli dua kotak ya.

boleh angkat ... tapi berpeluh sampai ke dahi terus ke belakang. menjadi kebiasaan seperti hari-hari sebelum ini, selalunya mesti ada pekerja akan tolong angkatkan terus ke kenderaan. hari ini hairan berlainan.

"mana pekerja lain dik, selalu ada orang tolong angkatkan"
"maaf kak... x tahu mana semua pergi, tak ada orang kak."
"masalahnya saya mengandung... awak nak saya angkat berat-berat?" 
 dia nak gelak dan macam tak percaya, tapi saya tetap buat muka tegas bersahaja. lalu dia jatuhkan pandangan ke perut saya. sah - sah perut kempis. saya solo dan masa bila saya nak mengandung sedangkan kawin pun tidak aptah lagi nak berjinak-jinak dalam aktiviti berjimak.
"err.... " 
 dia serba salah
"saya tak kesah nak angkat, tapi kalau saya gugur .. awak nak tanggung?"_
 saya buat mata layu, angkat kening sebelah kiri sambil berikan senyuman hambar.
"ok .. akak tunggu jap. saya pergi cari sape-sape kat dalam tu."

haaa... kan bagus macam tu.

tak sampai seminit keluarlah abang baiya hitam manis yang budiman. dia tolong angkatkan. selesai semua lalu saya ucapkan jutaan terima kasih sejujurnya dari lubuk hati sambil usapkan perut yang kelaparan ayam goreng. 

2. 


clit, tori or oriA. bukan niat saya nak mencarut. mengikut falsafah saya tantang seni carutan ialah jangan sesekali mencarut alat sulit sendiri jadi saya lebih suka memilih alat sulit lelaki. penis.  

nama bunga ni clitoria ternatea atau dalam bahasa melayu kita panggil bunga telang. sekian.  

A LA PONDSS


1. 

Semester ini saya ada tiga pelajar lembik-lembik campur lembut-lembut ibarat sotong yang ta sihat. Pelajar a la pondan. Yang dahsyatnya dia tiada malu malah bangga yang dia ada jantan aka pakwe bagai bersepah sana sini. Semuanya diperolehi melalui aplikasi WeChat. Anda tahu apa itu WeChat?? Dulu saya tidak tahu tapi setelah diterangkan dan ditunjuk oleh pelajar lain... memang menjahanamkan. 

Kat sini Baby nama pondannya diberi. Saya tiada kompromi, saya panggil dengan nama jantan sebenarnya bersama bin sekali. Kisahnya dia yang leher tak berjinjang tanpa segan silu tayang pada semua orang yang dia ada love bites di lehernya. Cara jalannya terkepit-kepit penisnya, terliuk-liuk, tangan terhuyung-hayang sana sini menunjukkan betapa lemah lembut gemalai nya dia....dengan tinggikan leher perghh ibarat dialah pondan terhotsss sedunia mempunyai jantan. Saya panggil saya ugut mahu gugurkan status pelajarnya.. dia merayu-rayu. 

Bagi saya ic awak? - dia keluarkan
Oohh melayu, lelaki, islammm... laa.. saya ingatkan awak budha.
Ishh cik.. mana ada. saya islam lahh.. - dia marah dalam nada sengau pondannya. saya pon heran kenapa pondan mesti bersuara sengau. Adakah dengan bernada sengau dapat cover suara jantannya?
Awak islam dari kecik atau islam baru semalam saja?
Ehh dari kecik lahhh..
Kalau awak islam, meh sini saya tanya.. benda yang awak buat kat leher ni halal ke haram?
Harammm cik.
Awak tahu?
Saya tahu...
Yang awak buat ni dengan lelaki perempuan? kenal kat mana?
Kenal baru semalam, kat WeChat. Lelaki. Dia ajak keluar pastu dia paksa-paksa saya..saya pun tak nak sebenarnya.. geli tauu cikkk... - sambil pegang sapu-sapu kat leher dia
Ni pun saya rasa rimass ni cikk... - sengih-sengih macam bende ni biasa bagi dia.
Ma sha allah, dahlah pondans pastu berzina pula. Kenal satu malam terus berani keluar. Awak tak tahu malu dan takut ke? 
He he he...saya cuba-cuba je cikk.. ala... ringan-ringan je.
Kepala hotak ko ringan-ringan..manusia ni bila berdosa kena ada perasaan malu dan rasa sedikit berdosa tapi bila berdosa tapi tiada rasa berdosa malah bangga dengan dosa tu maksudnya memang jahil sejati lah tu  - kat sini saya dah mula ber aku kau. 


bla bla bla bla. panjang cerita saya tanya itu ini..dan dia berlaku jujur jawab semua tanpa segan silu berselindung. 

berubahlahh...alahai.. S@##((?
in sha allah... nanti saya berubah la cik..
bila?
nanti bila saya berumur 25?
sekarang?
18.
kenapa mesti tunggu 25. kalau kau mati sebelum 25 macam mana? kenapa mesti 25? sebelum kau nak sampai 25 tengok-tengok pondans dah sebati dalam diri kau macam mana?the worst case scenario u might be potong dah penis tu..macam mana?
ehh tak ada lah cikk..saya pun nak anak, nak kahwin.
ooo..nak kahwin. awak rasa ada ke perempuan akan terima suaminya adalah bekas pondans..
he he he//in sha allah. - gelak-gelak macam ini lumrah kehidupan biasa.

berubahhh....
ya cik...saya cuba

kata dia. mak ayah dia tahu keadaan dia yang sebenarnya. malah abang dia sendiri tahu dia ber couple dengan jantan. 

nasihat terakhir saya kepada dia..

@#$^^&*...hidup ni mudah dan simple sebenarnya. manusia yang suka merumitkan keadaan. 
maksud cik??
Allah ciptakan Adam untuk Hawa, bukan Adam untuk Hassan. Senang cite, lepas ni kau pi tandas kau buka seluar kau ..kau tengok kau tenung lama-lama..ada apa? hak tu yang tuhan bagi hak tu lah kau kena jadi. tak payah susah-susah kau nak bertukar bagai bercelaru berkeliru..... kau yang mencari masalah semua. nafsu! nafsu..berubahhhhhh lah!
ye cikkkkkk!! 

kawan-kawan dia kata, kat rumah dia tidur siap berbaju kelawar. dengar kata rembat mak dia punya. Gila-gila-gila. Gila manusia ni macam-macam. Tak terkecuali pelajar saya sebab mereka semua manusia, mereka ada gila-gila tertentunya. Apa-apa pun saya doakan gila mereka hanyalah bersifat sementara dan akan pulih sepenuhnya. 

2. 

i thought this will be the last one, apparently it's not... 






IT'S BEEN A LONG TIME

1.

kenapa perlu pertikaikan orang bagi lebih sedangkan kita memberi kurang. malah mengejek, mempersenda dan memperendahkan kesungguhan usaha seseorang. apa yang penting usaha dan apa yang anda dapat semasa dan selepas proses memberi. 

kepuasan
sedikit ilmu
dan

secubit pahala.

mungkin
siapa tahu??



2. 

bila kita dapat. kita cakap jom buat pernilaian kenapa anda-anda yang lain tak dapat... tak cukup usaha atau terlebih usaha. tapi bila tiba giliran kita tak dapat... pehh it's ok, keep quiet and calm konon. 



3.

saya pernah jumpa pepatah mengatakan tak semua orang ada kekuatan mengatakan "saya tidak tahu". sedangkan ilmuan islam yang hebat pun boleh mengeluarkan perkataan itu jika tiada dapat satu kepastian. 

sayangnya. tidak tahu tapi egonya tidak mahu bertanya dan mengatakan tidak tahu. 
sayangnya. tidak tahu tapi sombongnya tiada mahu berkongsi ilmu untuk mencari bersama-sama.
sayangnya. tidak tahu tapi penuh berkeyakinan dan tiada malunya berpura-pura seolah-olah dia maha tahu segala-galanya. 

sayang sejuta sayang...alahai sayang.