MUBARAK DAN NASI MINYAK

1) 

Today is


hope it's not too late to wish happy


2) 

Tahun ni skop sosial raya agak luas. Oldwoman ajak balik berkumpul bersama belah keluarga dia yang mana sebelum ni tiada pernah buat atau rapat. Jadi entah tiba-tiba skop topik komunikasi pun agak luas. Masa penghujung aktiviti sosial raya iaitu edar-edar duit raya dan bersalam-salaman sebelum mahu berangkat pulang, Acik Nor (mak saudara) cakap;

"bilalah nak rasa nasi minyak Karen plak"

Saya dengan rendah diri dan sejujurnya berkata 

"Eh Karen x pandai masak nasi minyak sumpah fail masakan melayu ni" 

Pastu mereka gelak dan Along sikukan siku saya dan kata 

"Tak... tak.. maksud dia kahwin"

"Ooo kahwin... nanti kahwin Karen x buat nasi minyak, Karen buat nasi goreng extra mix vege...."

"Kah kah kah...." saya gelak sambil angkat kening sebelah kiri dan buat muka cool slumber relaks-relaks saja. Ermm...yang benarnya kan.. masa raya tadi juga Acik Rose (katanya mak saudara juga) masak nasi minyak pakej air sirap merah ros. Saya makan, sumpah sedap giler. Saya bangga saya makan nasi. Pehhh. 

3)

Raya tahun ini tiada apa istimewa, oldwoman dah pindah Puchong, jadi ini raya tahun ke dua bukan beraya di tanah air sendiri iaitu Kota Bharu. Bermakna juga tiada ziarahi kubur oldman pada pagi raya, dan sebenarnya lagi sudah agak lama saya x balik sana.. bila kali terakhir? mungkin dua tahun lepas, Tapi setiap malam saya akan cuba tidak akan tinggal rutin bacaan yaasin sedekah kepala oldman dan kepada semua yang dah mati, selepas maghrib sebelum isya di atas sejadah sambil saya berimaginasi konon membaca di depan kubur dia. Saya rindu, mahu pulang ziarahi oldman tapi saya takut. Saya takut lumpuh emosi, takut apa yang saya tahankan sebelum semuanya luluh berkecai lalu tiada kekuatan untuk bermula menjadi kuat lagi. Pengecut. 

Erghh... sepanjang hidup ni, tahun ini lah ramadhan terlalu keduniawi sangat, kurang masa bersama tuhan, Ampunkan saya Allah kerna terlalu kejar dunia. Sibuk sentiasa. 

4)

Tolonglah doakan untuk saya moga September ini Allah berikan khabar berita gembira kepada saya dengan kemenangan saya nanti-nantikan. Aminn.

5) 

Saya doakan kalian sihat-sihat di bawah kesejahteraan tuhan semua. Rebutlah keistimewaan puasa enam semua. 

6)
But there’s a story behind everything. How a picture got on a wall. How a scar got on your face. Sometimes the stories are simple, and sometimes they are hard and heartbreaking. But behind all your stories is always your mother’s story, because hers is where yours begin.
Mitch Albom, For One More Day