BOLEH HILANG PEDOMAN

Anak-anak sems ni agak mendugakan iman. Saya ni boleh dikategorikan pensyarah muda masih lagi berdarah anak muda barannya tinggi. Kadang-kadang kalau marah tu boleh hilang pedoman. Tak tentu kalau ambil wuduk boleh redakan amarah. Mungkin kena cukup pakej mandi wajib, ambil wuduk 5 kali dan samak 3 kali tentu reda ada di hati. Ok2, saya akui itu dah melebih-lebih perumpamaannya. Ha ha ha. Saya ada tiga orang pelajar anak-anak nakal. Semua lelaki. Nakal kemain. Syamil, Qayyum dan Hafiz.

Tapi marah saya ni tak akan kesampaian sampai habis seisi kelas. Kalau saya mengamuk macam orang gila 10 minit. Minit ke 11 saya dah okay. Kalau budak tanya soalan saya boleh jawab dengan elok-elok, baik - baik. Tak ade nya saya emosi melenting masam muka sampai ke petang. Tapi juga dalam 10 minit tu... saya boleh marah hilang pedoman. Haishhh. Rakan satu office selalu kata.

Karen kalau marah tengking budak macam nak gagalkan budak nak buang budak, last-last dia pujuk juga budak tu

Saya boleh tengking budak macam orang gila. In the end of class saya akan panggil budak tu jumpa face to face, bincang.

"Kenapa ni Qayyum... kenapa awak jadi macam ni? cuba cerita kat saya apa masalah awak... saya percaya awak budak baik dan bagus sebenarnya,,, kenapa Qayyum?"

1) 
Datang lambat ke kelas. 5 minit. 5 minit mungkin remeh. tentu ada katakan ... alahhh 5 minit je pun. berkira!! Meh saya bagitahu...hari ni 5 minit. Kalau hari ini saya diamkan diri buat dek buat relaks je bro.. Esok mereka buat lagi 10 minit dan hari demi hari bertambah minit. Kenapa? sebab bagi mereka
alahh... kelas cik Karen boleh je datang lambat, dia cool tak marah

kepala hotak kau!! jadi walaupun 5 minit saya akan maki sakan dan saya denda pumping 50 kali. 

50 kali pun tak boleh buat! lelaki!! badan sihat berotot!!

kalau awak lambat datang kelas... awak kena bertanggungjawablah. Saya denda, terima! buat! ni baru sepuluh dah merayu nak berhenti muka pucat lesi. Ni negara amann... kalau berperang nak suruh korang berjuang demi negara memang hancur!! 50 pumping pun x mampu!! baik jadi pondan je lah!!

kalau saya tanya ... kenapa lambat?

saya bangun lambat.sah-sah subuh engkau entah ke mana. ke laut. meh sini handset awak saya set alarm.
saya sakit perut.kenapa? datang bulan! dah senggugut dah!! 
saya tak ada transport nak datang kelas cik..habis kau nak aku pergi ambil kau depan pintu rumah hamparkan karpet merahlah. bus ada! kenapa x naik bus. 

tak kan lah semua benda pensyarah nak fikir. semua alasan atas-atas tu budak lelaki.


2) 
part solat lagi hancur. suatu hari tu saya tanya soalan
cuba berlaku jujur dengan saya, jawab soalan saya ini dengan benar, jangan tipu anak-anak. saya tak akan marah. saya hanya nak tahu saja. 
ok...
berapa orang tak solat asar semalam? cuba angkat tangan.

budak lelaki 5 orang budak perempuan 2 orang. saya tanya..

kenapa haikal x solat? awak memang tak pernah solat ke?
 tak cik karen.. dulu saya solat. sekarang tak.
dulu tu bila?? 
masa mak saya sakit saya solat tak berhenti. sekarang mak dah sihat saya kadang-kadang solat kadang-kadang tak...
Jujur!


3)
Syamil ni kerap tak datang kelas, kalau datang mesti lambat. Saya tanya soalan..

Apa pendapat korang tentang gst?

Si Syamil penuh keyakinan jawab

Haram cik karen.. cukai gst ni haram di sisi agama.
Hurmm...pandainya kau Syamil bab halal haram ni. Kau tak tahu tak datang kelas buat pensyarah marah tu pun haram... silap-silap tuhan murka kat awak. Rupa ada.. nama dah lawa... perangai nakal.. awak tahu apa maksud nama awak Syamil??
 Kawan senakal dia tolong jawab. Kuat-kuat.
She-male cik!!

4) 
Nota tak sampai 50 muka surat saya dah bagi 2 minggu lepas. 3 hari cuti. Lepas tu masuk kelas saya tanya soalan. Pelajar perempuan ni... tak boleh jawab. Pelajar lain bisik-bisik kedengaran ada jawapan. Saya suruh diam. Biar dia jawab.

Berdiri, kaku, buat muka comel-comel. Tak jawab-jawab.

Hey kakak... kalau setakat nak datang kelas make up lawa-lawa pakai baju cantik-cantik dengan berbibir merah pink bagai, pastu datang ke kelas buka mata luas-luas, mulut ternganga, otak entah ke mana... bila tanya tak boleh jawab. Baik kau tak payah datang kelas lah! tak payah belajar. Buang masa! buang duit mak bapak, baik kau berlaki je lah belajar cara nak beranak-pinak. Senang hidup!

Diamm membatu. Saya geram. Saya tanya 3 hari cuti ada buka nota tak, baca? dia jawab tak. Tambah geram. Saya luah.

Kau tahu apa tu beauty and no brain?! Cantik tapi tak ada otak! Haa lebih kurang macam awak lah. kalau awak nak dendam dengan saya pun saya tak  kesah. Awak terusik jiwa terasa hati ke pun.. saya tak kesah. Saya memang sengaja biar awak terasa agar serik pasni berubah! Awak ni dah laa lawa kan lebih baik kalau ada ciri-ciri pandai. Bukan pandai.. Sebab dah pandai cuma malas je. Kena ada ciri-ciri rajin skit.
Budak sekarang semua benda nak kena suap. Kalau ajar budak-budak boleh lah. Masalahnya ini kelas orang dewasa. Dah ada bulu atas bawah. No lah! In my class there is no spoon feeding.