WHAT BECOMES OF THE BROKEN HEARTED


1.

Saya gemar pakai pakaian orang kesayangan. Seperti baju my oldwoman dan oldman. kalau rindu saya akan sarung baju melayu old man, terus sebelum tidur saya meraba-raba serpihan memori dahulu-kala bersama oldman untuk kurangkan rindu.

Antara pakaian oldman saya gemar pakai ialah kain serban dia. Kain serban dia saya amik dua tiga buat tudung. Hujung minggu lepas member dari Kelantan datang sini. Kami berkem di Sungai Lembing, berbasikal dan kejar pelangi di sebalik air terjun. 

Lepas habis berkem kami bertiga ke bandar terus masuk shopping complex sebab si kawan kepada si datin sorang ni mahu mencari kasut. Masuk shopping complex pada hujung minggu adalah kerja gila, yup! memang gila. tak pernah di buat saya tapi terpaksa..dan manusia pada ketika itu jumlah amat menggilakan. Saya berjalan cuba pejamkan minda "i'm not here" sepanjang masa berjalan saya lebih terdorong pandang lantai daripada orang.

Si datin ni bersuara memberi komen perihal kain tudung serban saya. 

"weh .. malu aku berjalan sebelah ko... macam teman mak haji masuk shopping complex..ha ha ha"

"apa nak malu.. at least aku ni balance.. ..lepas balik haji terus masuk shopping complex.. dunia pun cari akhirat pun cari ...seimbang kang.."

saya bertudung serban di waktu kerja sedang bakar roti dalam kelas amali.

2. 

Nah saya persembahan kan pelangi 




3. 




"As I walk this land of broken dreams
I have visions of many things
But happiness is just an illusion
Filled with sadness and confusion"