JIKA DILAHIRKAN BALIK


kalau dilahirkan balik, kau nak jadi apa?

kucing, sebab tak nak dihisab balik - tengku

aku nak jadi bini najib, in sha allah Malaysia dan dunia akan lebih baik...


Kah kah kah kah

kah kah kah 

kah kah


kah!



TELINGA KERA, PAU, TUA DAN NO BIG DEAL

1. 
ooo son, you really made my day!


2.
kadang-kadang bengang saya mencecah tahap tinggi melepasi langit sampai kan saya mahu sumpah budak-budak ni jadi pau! sambil pegang senduk saya ketuk tiga kali di kepala dan berkata "nah!! jadilah kau pau!!"

pau yang putih bersinar seri, ada wap stim sekeliling, berinti bolognese bersepah keju mozzarella didalamnya. terus saya gigit dengan suapan besar dan sedikit asap keluar dari mulut menunjukkan bertapa hangatnya pau..."ngap!!..nyum nyum" 

"blurghh" kenyang sambil usap perut. 

perghhh..kalau lah boleh buat camtu. kalaulah. 

3.
usia makin meningkat waktu makin singkat. borak-borak petang di ruang tamu, bercerita tentang rakan-rakan baru, makanan, pokok, bunga, tanaman dan diselitkan beberapa berita kematian kalangan kenalan-kanalan dia yang saya kenali. cara dia ceritakan bersahaja dengan nada suram ibarat dia redha dengan putaran hukum alam, mati itu wajib. dan cara saya dengar penceritaannya bersahaja, mengiakan segalanya dan sedikit takut.

saya pandang rambutnya putih majoriti, hitam hanya selang seli, tangannya gebu tapi tak segebu dulu dan di hias kedut sana sini. ketika dia leka bercerita saya tenung matanya dan tanya pada diri sendiri "berapa lama masa kita masih ada?". ini lah satu-satunya saya masih ada.

masa depan bukan tanggungjawab saya ramalkannya. masa depan adalah sesuatu yang kabur bukan terang benderang. saya tak nampak apa-apa. apa saya tahu pada saat itu dan tiap-tiap saat akan datang saya harus menikmati dan menghayati dan mencipta memori untuk di ingati kemudiaan hari. hiduplah sepenuhnya


4.
semalam Asiasun tanya saya "karen kau tak nak kahwin ke?" "kenapa kau tak nak ustaz tu?" "kau tak fikir ke pasal kahwin ni" " kau tak minat tak suka perkahwinan ke?" "kenapa tak nak kahwin??"

kahwin kahwin kahwin kahwin kahwin..bertubi-tubi soalan kahwin dia persoalkan. arghhhh.. mual. bukan sekali dah banyak kali.

"Asiasun soalan perkahwinan ni jangan ditanya, ibarat kau tanya bila nak kiamat? bila kau nak mati, kita tak tahu kan..."

28, ya memang dah tua, kalau zaman dulu.. anak masuk ke bilangan lima. saya tahu saya dalam fasa umur nak jadi anak dara tua, saya redha. saya dah lama bertekad dan berfikiran bahawa dalam hidup ni masing-masing ada perjuangan masing-masing. kalau saya tiada kesempatan berjuang menjadi seorang isteri, seorang ibu atau menantu seseorang maka saya akan pilih berjuang menjadi seorang pendidik, kakak, anak dan adik kepada seseorang. 

hidup ini senang... dah kau kahwin jadi bini kepada seseorang maka berjuanglah menjadi bini, jika tak kahwin macam saya. .maka saya pilih berjuang menjadi seorang pendidik dan seorang anak. senang... yang menyusahkan ialah orang suka mengenang dan bandingkan hidupnya dengan hidup orang lain..haa, itulah menjadikan hidup ni susah.

Pasal si Asiasun ni dia sebaya saya, dua-dua bujang, yang membezakan kami ialah dia suka mengenangkan "kenapa..lah tak kahwin lagi" "mana lah pergi jodoh.." dan saya pula suka berbincang perihal "next vacation kita nak p mana?" "tahu tak macam mana nak buat pau ada inti aiskrim kt dalam.." "camne nak buat roti bentuk tiga segi?" "macam mana lah meringue lemon pie dia begitu cantik sekali..."

nak cakap pasal kahwin jodoh...boleh. kadang-kadang, bukannya setiap masa buka mulut je nak cakap pasal lelaki, bende-benda manis cinta, kenikmatan kahwin... dan seumpamanya. topik sedemikian tiada teruja bagi saya.

saya tanya datin "bebs ada orang tanya aku nape x kahwin"

dia jawab... "tak kahwin....no big deal lah...."

"kah kah kah" dua anak dara tua gelak jahat

DEHYDRATED LOVE AND 75%

1. 

bunga sama juga seperti cinta bila layu jika dibuang maka menjadi sampah.

tapi jika disimpan, gantungkannya terbalik, keringkan dan mengambil sedikit masa, akhirnya dapat hasilkan sesuatu yang cantik malah boleh dijadikan hiasan mana-mana sudut rumah atau di hati anda. dehydrated flower. 

alahai begitu juga cinta mu sayang atau perkahwinan... kalau layu jangan mengalah terus buang dapatkan baru, sama-samalah simpan satu sama lain terus bertahan dan masa. in sha allah hasilnya indah belaka. miu miu miu.. _ in 10 percent romantic mood. err herkk



saya paparkan dimuka buku, terus menerus member-members perli sakan. kata saya jiwang karat lah, wauu lah, konon saya dah kahwin lah.. kah kah kah. come on, geli ginjal. saya berkata melalui pemerhatian perkahwinan mereka disekeliling semua. believe me... to love someone in romantic way.. is hard for me. 

2. 

dulu-dulu lah ada satu quote perihal jaga suami elok-elok takut disondol oleh babi. babi kat sini bermaksud perempuan lain. maka bising lah si isteri-isteri di pejabat. saya bincangkan perkara ini dengan seorang isteri, bagaimana kalau si suami itu adalah babi sebenarnya pergi menyondol perempuan lain. sebab saya pernah hampir di sondol oleh suami ber spesis babi ni. saya tak layan sebab dalam hidup ini i wont touch pork and wine. kah kah kah. 

sekali lagi, saya bagi satu nasihat kepada seorang isteri ini di pejabat. ewah - ewah tiba- tiba saya berubah menjadi pakar runding perkahwinan. ini semua disebabkan saya dikusutkan dengan cerita-cerita masalah perkahwinan mereka semua.

" mek joh, perkara pertama mu kena faham dan terima dalam perkahwinan ini ialah.. suami mu tu bukanlah 100 % milik mu, hak mu yang sebenar nya 25%. mana pergi 75 % lagi? 75 mungkin hak milik tiga lagi bakal madu mu.kah kah kah "

ok ok. sudah tentulah si suami tu 100 % milik allah dan ibunya terlebih dahulu, jangan nak bangang dan bangkang.

ini perkara benar, memang lumrah seorang lelaki mereka suka menyayangi, mereka tak akan berhenti menyayangi hanya pada se seorang, kalau boleh semua orang dia mahu menyayangi. tapi, nasib baiklah tuhan hadkan kepada 4. baik kan tuhan. perempuan pula suka disayangi, sebab tu lah bermacam-macam revolusi fesyen pemakaian tudung perempuan. tak pernah berhenti, kejap gitu kejap gini. semuanya tentang mahu perhatian dari seseorang. kah kah kah. 

3. 
hobi masa sekarang adalah pertanian. orang bujang balik rumah nak belek - belek anak tak de suami pun tak de. nak bela kucing pun takut risiko bila mati saya pula mungkin akan meroyan kesedihan. jadi demi hindari menjalankan hubungan yang memerlukan peruntukkan emosi saya memilih pertanian. bertanam ni adalah hubungan yang tidak memerlukan emosi lansung. setakat siram-siram, pastu kalau mati cambah benih baru atau beli anak pokok baru... 

dill

rosemary

lady finger

scallion

cakap pasal bendi, masa anak pokok dijual pak cik tu kata ini bendi merah. siram lah saya sambil berzikir doa agar berbuah, yang keluar bendi hijau celah mana bendi merah ni nak keluar?? kena tipu. 

MENGANDUNG DAN GUGUR

1. 


"dikk.. bagi akak dua kotak air mineral yang besar." 
"ok kak... tapi kena angkat sendiri"

sore tadi usai saja habis kerja saya pergi ke pasaraya. beli dua kotak air mineral besar. satu kotak ada 12 botol, setiap botol adalah 1.5 liter. purata berat satu kotak adalah .....ish tak perlu buat kira-kira dengan berat saya ni memang agak berat nak angkat. ingat... saya beli dua kotak ya.

boleh angkat ... tapi berpeluh sampai ke dahi terus ke belakang. menjadi kebiasaan seperti hari-hari sebelum ini, selalunya mesti ada pekerja akan tolong angkatkan terus ke kenderaan. hari ini hairan berlainan.

"mana pekerja lain dik, selalu ada orang tolong angkatkan"
"maaf kak... x tahu mana semua pergi, tak ada orang kak."
"masalahnya saya mengandung... awak nak saya angkat berat-berat?" 
 dia nak gelak dan macam tak percaya, tapi saya tetap buat muka tegas bersahaja. lalu dia jatuhkan pandangan ke perut saya. sah - sah perut kempis. saya solo dan masa bila saya nak mengandung sedangkan kawin pun tidak aptah lagi nak berjinak-jinak dalam aktiviti berjimak.
"err.... " 
 dia serba salah
"saya tak kesah nak angkat, tapi kalau saya gugur .. awak nak tanggung?"_
 saya buat mata layu, angkat kening sebelah kiri sambil berikan senyuman hambar.
"ok .. akak tunggu jap. saya pergi cari sape-sape kat dalam tu."

haaa... kan bagus macam tu.

tak sampai seminit keluarlah abang baiya hitam manis yang budiman. dia tolong angkatkan. selesai semua lalu saya ucapkan jutaan terima kasih sejujurnya dari lubuk hati sambil usapkan perut yang kelaparan ayam goreng. 

2. 


clit, tori or oriA. bukan niat saya nak mencarut. mengikut falsafah saya tantang seni carutan ialah jangan sesekali mencarut alat sulit sendiri jadi saya lebih suka memilih alat sulit lelaki. penis.  

nama bunga ni clitoria ternatea atau dalam bahasa melayu kita panggil bunga telang. sekian.  

A LA PONDSS


1. 

Semester ini saya ada tiga pelajar lembik-lembik campur lembut-lembut ibarat sotong yang ta sihat. Pelajar a la pondan. Yang dahsyatnya dia tiada malu malah bangga yang dia ada jantan aka pakwe bagai bersepah sana sini. Semuanya diperolehi melalui aplikasi WeChat. Anda tahu apa itu WeChat?? Dulu saya tidak tahu tapi setelah diterangkan dan ditunjuk oleh pelajar lain... memang menjahanamkan. 

Kat sini Baby nama pondannya diberi. Saya tiada kompromi, saya panggil dengan nama jantan sebenarnya bersama bin sekali. Kisahnya dia yang leher tak berjinjang tanpa segan silu tayang pada semua orang yang dia ada love bites di lehernya. Cara jalannya terkepit-kepit penisnya, terliuk-liuk, tangan terhuyung-hayang sana sini menunjukkan betapa lemah lembut gemalai nya dia....dengan tinggikan leher perghh ibarat dialah pondan terhotsss sedunia mempunyai jantan. Saya panggil saya ugut mahu gugurkan status pelajarnya.. dia merayu-rayu. 

Bagi saya ic awak? - dia keluarkan
Oohh melayu, lelaki, islammm... laa.. saya ingatkan awak budha.
Ishh cik.. mana ada. saya islam lahh.. - dia marah dalam nada sengau pondannya. saya pon heran kenapa pondan mesti bersuara sengau. Adakah dengan bernada sengau dapat cover suara jantannya?
Awak islam dari kecik atau islam baru semalam saja?
Ehh dari kecik lahhh..
Kalau awak islam, meh sini saya tanya.. benda yang awak buat kat leher ni halal ke haram?
Harammm cik.
Awak tahu?
Saya tahu...
Yang awak buat ni dengan lelaki perempuan? kenal kat mana?
Kenal baru semalam, kat WeChat. Lelaki. Dia ajak keluar pastu dia paksa-paksa saya..saya pun tak nak sebenarnya.. geli tauu cikkk... - sambil pegang sapu-sapu kat leher dia
Ni pun saya rasa rimass ni cikk... - sengih-sengih macam bende ni biasa bagi dia.
Ma sha allah, dahlah pondans pastu berzina pula. Kenal satu malam terus berani keluar. Awak tak tahu malu dan takut ke? 
He he he...saya cuba-cuba je cikk.. ala... ringan-ringan je.
Kepala hotak ko ringan-ringan..manusia ni bila berdosa kena ada perasaan malu dan rasa sedikit berdosa tapi bila berdosa tapi tiada rasa berdosa malah bangga dengan dosa tu maksudnya memang jahil sejati lah tu  - kat sini saya dah mula ber aku kau. 


bla bla bla bla. panjang cerita saya tanya itu ini..dan dia berlaku jujur jawab semua tanpa segan silu berselindung. 

berubahlahh...alahai.. S@##((?
in sha allah... nanti saya berubah la cik..
bila?
nanti bila saya berumur 25?
sekarang?
18.
kenapa mesti tunggu 25. kalau kau mati sebelum 25 macam mana? kenapa mesti 25? sebelum kau nak sampai 25 tengok-tengok pondans dah sebati dalam diri kau macam mana?the worst case scenario u might be potong dah penis tu..macam mana?
ehh tak ada lah cikk..saya pun nak anak, nak kahwin.
ooo..nak kahwin. awak rasa ada ke perempuan akan terima suaminya adalah bekas pondans..
he he he//in sha allah. - gelak-gelak macam ini lumrah kehidupan biasa.

berubahhh....
ya cik...saya cuba

kata dia. mak ayah dia tahu keadaan dia yang sebenarnya. malah abang dia sendiri tahu dia ber couple dengan jantan. 

nasihat terakhir saya kepada dia..

@#$^^&*...hidup ni mudah dan simple sebenarnya. manusia yang suka merumitkan keadaan. 
maksud cik??
Allah ciptakan Adam untuk Hawa, bukan Adam untuk Hassan. Senang cite, lepas ni kau pi tandas kau buka seluar kau ..kau tengok kau tenung lama-lama..ada apa? hak tu yang tuhan bagi hak tu lah kau kena jadi. tak payah susah-susah kau nak bertukar bagai bercelaru berkeliru..... kau yang mencari masalah semua. nafsu! nafsu..berubahhhhhh lah!
ye cikkkkkk!! 

kawan-kawan dia kata, kat rumah dia tidur siap berbaju kelawar. dengar kata rembat mak dia punya. Gila-gila-gila. Gila manusia ni macam-macam. Tak terkecuali pelajar saya sebab mereka semua manusia, mereka ada gila-gila tertentunya. Apa-apa pun saya doakan gila mereka hanyalah bersifat sementara dan akan pulih sepenuhnya. 

2. 

i thought this will be the last one, apparently it's not... 






IT'S BEEN A LONG TIME

1.

kenapa perlu pertikaikan orang bagi lebih sedangkan kita memberi kurang. malah mengejek, mempersenda dan memperendahkan kesungguhan usaha seseorang. apa yang penting usaha dan apa yang anda dapat semasa dan selepas proses memberi. 

kepuasan
sedikit ilmu
dan

secubit pahala.

mungkin
siapa tahu??



2. 

bila kita dapat. kita cakap jom buat pernilaian kenapa anda-anda yang lain tak dapat... tak cukup usaha atau terlebih usaha. tapi bila tiba giliran kita tak dapat... pehh it's ok, keep quiet and calm konon. 



3.

saya pernah jumpa pepatah mengatakan tak semua orang ada kekuatan mengatakan "saya tidak tahu". sedangkan ilmuan islam yang hebat pun boleh mengeluarkan perkataan itu jika tiada dapat satu kepastian. 

sayangnya. tidak tahu tapi egonya tidak mahu bertanya dan mengatakan tidak tahu. 
sayangnya. tidak tahu tapi sombongnya tiada mahu berkongsi ilmu untuk mencari bersama-sama.
sayangnya. tidak tahu tapi penuh berkeyakinan dan tiada malunya berpura-pura seolah-olah dia maha tahu segala-galanya. 

sayang sejuta sayang...alahai sayang. 



MUBARAK DAN NASI MINYAK

1) 

Today is


hope it's not too late to wish happy


2) 

Tahun ni skop sosial raya agak luas. Oldwoman ajak balik berkumpul bersama belah keluarga dia yang mana sebelum ni tiada pernah buat atau rapat. Jadi entah tiba-tiba skop topik komunikasi pun agak luas. Masa penghujung aktiviti sosial raya iaitu edar-edar duit raya dan bersalam-salaman sebelum mahu berangkat pulang, Acik Nor (mak saudara) cakap;

"bilalah nak rasa nasi minyak Karen plak"

Saya dengan rendah diri dan sejujurnya berkata 

"Eh Karen x pandai masak nasi minyak sumpah fail masakan melayu ni" 

Pastu mereka gelak dan Along sikukan siku saya dan kata 

"Tak... tak.. maksud dia kahwin"

"Ooo kahwin... nanti kahwin Karen x buat nasi minyak, Karen buat nasi goreng extra mix vege...."

"Kah kah kah...." saya gelak sambil angkat kening sebelah kiri dan buat muka cool slumber relaks-relaks saja. Ermm...yang benarnya kan.. masa raya tadi juga Acik Rose (katanya mak saudara juga) masak nasi minyak pakej air sirap merah ros. Saya makan, sumpah sedap giler. Saya bangga saya makan nasi. Pehhh. 

3)

Raya tahun ini tiada apa istimewa, oldwoman dah pindah Puchong, jadi ini raya tahun ke dua bukan beraya di tanah air sendiri iaitu Kota Bharu. Bermakna juga tiada ziarahi kubur oldman pada pagi raya, dan sebenarnya lagi sudah agak lama saya x balik sana.. bila kali terakhir? mungkin dua tahun lepas, Tapi setiap malam saya akan cuba tidak akan tinggal rutin bacaan yaasin sedekah kepala oldman dan kepada semua yang dah mati, selepas maghrib sebelum isya di atas sejadah sambil saya berimaginasi konon membaca di depan kubur dia. Saya rindu, mahu pulang ziarahi oldman tapi saya takut. Saya takut lumpuh emosi, takut apa yang saya tahankan sebelum semuanya luluh berkecai lalu tiada kekuatan untuk bermula menjadi kuat lagi. Pengecut. 

Erghh... sepanjang hidup ni, tahun ini lah ramadhan terlalu keduniawi sangat, kurang masa bersama tuhan, Ampunkan saya Allah kerna terlalu kejar dunia. Sibuk sentiasa. 

4)

Tolonglah doakan untuk saya moga September ini Allah berikan khabar berita gembira kepada saya dengan kemenangan saya nanti-nantikan. Aminn.

5) 

Saya doakan kalian sihat-sihat di bawah kesejahteraan tuhan semua. Rebutlah keistimewaan puasa enam semua. 

6)
But there’s a story behind everything. How a picture got on a wall. How a scar got on your face. Sometimes the stories are simple, and sometimes they are hard and heartbreaking. But behind all your stories is always your mother’s story, because hers is where yours begin.
Mitch Albom, For One More Day

TIRED, SAD, MAD, UNSATISFIED, JOY, MEMORIES, WONT GIVE IT UP.

# click on images to enlarge

1) 
seri muka tan sri




2)
jala mas + nek bak + buah tanjung



3)
lompat tikam


4)
 pumpkin tart


5)
kek lapis

6)
gang of talams = pandan + rose sirap + pumpkin and sweet potato

7)






8)
Strong and independent? I’m neither. I’m just being pushed along by reality, whether I like it or not. _ hm


AVOIDING UNHAPPINESS IS NOT THE ROAD TO HAPPINESS

1)
"aritu saya tengok cik tidur dalam bus. saya ingat saya nak rakam.. tapi...saya takut. takut nanti bateri phone saya habis"
"apa point awak? nak cakap saya tidur lama sangat laa"

2)
"cik punye assignment nak ari isnin ni kan.
ya
banyak sangat cik karen.
memang pun. itu cabaran saya kepada awak.
ok! saya sahut cabaran cik. saya cuba siapkan, tapi ...tapi saya takut saya x sempat siap. nanti cik jangan marah k. saya cuba dulu.
haa jangan. itu maknanya isnin ni awak buat saya rasa tercabar! "

3) 

Tajuknya ; Focus-focus konon.

" Eh awak tak nak ke si Qayyum tu. Saya tengok dia bagus tauu!! Kalau awak nak ... Saya boleh tolongkan dan saya restu. (dalam kelas rakan-rakan lain suka keneng-keneng kan dia dengan si Qayyum, termasuk saya sekali)
Tak nak! lah...saya cik. Saya tak minat lah couple-couple ni.
Laa...kenapa plak. Tak baik tau awak jual mahal. Nanti Qayyum pergi awak yang rugi.
Tak boleh.. tak boleh.., kalau saya ber couple ada pakwe nanti saya tak boleh focus nak study.
Kah kah kah!!! Masalah nya sekarang.... ko tak couple pun ko tak boleh focus study. Tadi buat meringue pun tak jadi-jadi. Kah kah kah. Focus konon.
Waaa.. Kejam cik Karen.. Kejam..."

4) 




5)
lain kali sebelum nak uli roti.. angkat mixer awak tu biar mengadap kiblat. in sha Allah ternyata sekali roti awak akan gebu bom bom dan risiko tak menjadi adalah negatif sifar. - ehemm...antara nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam pdp selain mulakan kelas membaca doa.

BOLEH HILANG PEDOMAN

Anak-anak sems ni agak mendugakan iman. Saya ni boleh dikategorikan pensyarah muda masih lagi berdarah anak muda barannya tinggi. Kadang-kadang kalau marah tu boleh hilang pedoman. Tak tentu kalau ambil wuduk boleh redakan amarah. Mungkin kena cukup pakej mandi wajib, ambil wuduk 5 kali dan samak 3 kali tentu reda ada di hati. Ok2, saya akui itu dah melebih-lebih perumpamaannya. Ha ha ha. Saya ada tiga orang pelajar anak-anak nakal. Semua lelaki. Nakal kemain. Syamil, Qayyum dan Hafiz.

Tapi marah saya ni tak akan kesampaian sampai habis seisi kelas. Kalau saya mengamuk macam orang gila 10 minit. Minit ke 11 saya dah okay. Kalau budak tanya soalan saya boleh jawab dengan elok-elok, baik - baik. Tak ade nya saya emosi melenting masam muka sampai ke petang. Tapi juga dalam 10 minit tu... saya boleh marah hilang pedoman. Haishhh. Rakan satu office selalu kata.

Karen kalau marah tengking budak macam nak gagalkan budak nak buang budak, last-last dia pujuk juga budak tu

Saya boleh tengking budak macam orang gila. In the end of class saya akan panggil budak tu jumpa face to face, bincang.

"Kenapa ni Qayyum... kenapa awak jadi macam ni? cuba cerita kat saya apa masalah awak... saya percaya awak budak baik dan bagus sebenarnya,,, kenapa Qayyum?"

1) 
Datang lambat ke kelas. 5 minit. 5 minit mungkin remeh. tentu ada katakan ... alahhh 5 minit je pun. berkira!! Meh saya bagitahu...hari ni 5 minit. Kalau hari ini saya diamkan diri buat dek buat relaks je bro.. Esok mereka buat lagi 10 minit dan hari demi hari bertambah minit. Kenapa? sebab bagi mereka
alahh... kelas cik Karen boleh je datang lambat, dia cool tak marah

kepala hotak kau!! jadi walaupun 5 minit saya akan maki sakan dan saya denda pumping 50 kali. 

50 kali pun tak boleh buat! lelaki!! badan sihat berotot!!

kalau awak lambat datang kelas... awak kena bertanggungjawablah. Saya denda, terima! buat! ni baru sepuluh dah merayu nak berhenti muka pucat lesi. Ni negara amann... kalau berperang nak suruh korang berjuang demi negara memang hancur!! 50 pumping pun x mampu!! baik jadi pondan je lah!!

kalau saya tanya ... kenapa lambat?

saya bangun lambat.sah-sah subuh engkau entah ke mana. ke laut. meh sini handset awak saya set alarm.
saya sakit perut.kenapa? datang bulan! dah senggugut dah!! 
saya tak ada transport nak datang kelas cik..habis kau nak aku pergi ambil kau depan pintu rumah hamparkan karpet merahlah. bus ada! kenapa x naik bus. 

tak kan lah semua benda pensyarah nak fikir. semua alasan atas-atas tu budak lelaki.


2) 
part solat lagi hancur. suatu hari tu saya tanya soalan
cuba berlaku jujur dengan saya, jawab soalan saya ini dengan benar, jangan tipu anak-anak. saya tak akan marah. saya hanya nak tahu saja. 
ok...
berapa orang tak solat asar semalam? cuba angkat tangan.

budak lelaki 5 orang budak perempuan 2 orang. saya tanya..

kenapa haikal x solat? awak memang tak pernah solat ke?
 tak cik karen.. dulu saya solat. sekarang tak.
dulu tu bila?? 
masa mak saya sakit saya solat tak berhenti. sekarang mak dah sihat saya kadang-kadang solat kadang-kadang tak...
Jujur!


3)
Syamil ni kerap tak datang kelas, kalau datang mesti lambat. Saya tanya soalan..

Apa pendapat korang tentang gst?

Si Syamil penuh keyakinan jawab

Haram cik karen.. cukai gst ni haram di sisi agama.
Hurmm...pandainya kau Syamil bab halal haram ni. Kau tak tahu tak datang kelas buat pensyarah marah tu pun haram... silap-silap tuhan murka kat awak. Rupa ada.. nama dah lawa... perangai nakal.. awak tahu apa maksud nama awak Syamil??
 Kawan senakal dia tolong jawab. Kuat-kuat.
She-male cik!!

4) 
Nota tak sampai 50 muka surat saya dah bagi 2 minggu lepas. 3 hari cuti. Lepas tu masuk kelas saya tanya soalan. Pelajar perempuan ni... tak boleh jawab. Pelajar lain bisik-bisik kedengaran ada jawapan. Saya suruh diam. Biar dia jawab.

Berdiri, kaku, buat muka comel-comel. Tak jawab-jawab.

Hey kakak... kalau setakat nak datang kelas make up lawa-lawa pakai baju cantik-cantik dengan berbibir merah pink bagai, pastu datang ke kelas buka mata luas-luas, mulut ternganga, otak entah ke mana... bila tanya tak boleh jawab. Baik kau tak payah datang kelas lah! tak payah belajar. Buang masa! buang duit mak bapak, baik kau berlaki je lah belajar cara nak beranak-pinak. Senang hidup!

Diamm membatu. Saya geram. Saya tanya 3 hari cuti ada buka nota tak, baca? dia jawab tak. Tambah geram. Saya luah.

Kau tahu apa tu beauty and no brain?! Cantik tapi tak ada otak! Haa lebih kurang macam awak lah. kalau awak nak dendam dengan saya pun saya tak  kesah. Awak terusik jiwa terasa hati ke pun.. saya tak kesah. Saya memang sengaja biar awak terasa agar serik pasni berubah! Awak ni dah laa lawa kan lebih baik kalau ada ciri-ciri pandai. Bukan pandai.. Sebab dah pandai cuma malas je. Kena ada ciri-ciri rajin skit.
Budak sekarang semua benda nak kena suap. Kalau ajar budak-budak boleh lah. Masalahnya ini kelas orang dewasa. Dah ada bulu atas bawah. No lah! In my class there is no spoon feeding.

RAMBUT MAH, SEMS DUA, IMAGINE AND GST

1.
Dari petang sampai sekarang saya tak dapat cerna mimpi semalam.
Saya mimpi Mah bukan nama sebenar.
Saya bermimpi bukan kerna terlampau rindu bertandang di hati.
Tapi gara-gara semalam sebelum tidur terlampau banyak baca artikel perihal kos warna rambut Mah seribu dua ratus ringgit Malaysia tu.
Kesian Mah.....
Ramai masyarakat mempersoalkan nilai warna rambut Mah.
Padahal masyarakat tak tauuu!!
Mah berkemampuan dan mempunyai banyak uwang.
Mah merupakan penyimpan wang yang ekstremm.
Kesian Mah... Untuk tenangkan Mah.
Dalam mimpi semalam saya usap-usap rambut Mah seribu dua tu..
Hurm..sumpah seribu dua kali rambut Mah memang lembut selembut tofu telur dan x sekembang seperti maggi yang dibiarkan berendam kuah selama 30 minit..
Jauh berbeza, tak seperti di paparkan dalam alam maya.
Warnanya sungguh berkilat hitam legam persis warna langit kelam malam.
Perghh ... Sungguh menawan.
Hebat sungguh penangan rambut Mah! Sampaikan terbuai mimpi-mimpi oleh saya.
Terlampau cantik laa tuu.
Malam karang sebelum tidur saya nak baca artikel perihal Brad Pitt.
Banyak-banyak-banyak.
Kalau untung mana tahu dapat mimpi usap-usap rambut Pitt pun orait.

2. 

Dari office saya turun tangga jalan laju-laju terkejar-kejar nak ke kedai. Saya nampak lelaki tua berusia berdiri d itepi kaki lima tapi disebabkan saya kejar masa saya terus terkejar - kejar berjalan laju-laju. Lelaki tua berusia tiba-tiba bersuara


"Adik...adik..adik"

Suara lelaki tua berusia itu kedengaran dalam kesusahan. Saya berhenti berjalan, toleh ke belakang, lalu saya kata " Iya...."

"Sems dua? Adik sems dua kee?" Lelaki tua berusia tanya

"Ehh tak..bukan." sedikit dalam nada gelabah dan tak percaya

"Habis tu sems berapa?"

Ikutkan hati saya nak jawab saya ni dah bersems-sems dah..sems ke seratus. Dengan riak muka tersengih-sengih macam kerang busuk saya kata

"Saya pensyarah kat sini.. Ada apa-apa yang saya boleh bantu encik??" dalam nada pro professional.

Rupa-rupanya dia tengah cari tunggu anak dia yang sekarang berada di sems dua.

Peh..

3. 
imagine that one day will be living in a small old town, old building with old window.
hang a wind chime outside the window.
the sound of wind in the trees and rustling of leaves.
lay on the floor in a beam of sunlight coming through the old green window.
read a book and drink coffee.
play J.s Bach Cello suites no.1,

listen to the music, humming the melody then continue reading till fall asleep.



kemudian ...... satu d u a     t   i   g   a
datim wannabe komen "forever alone"
sinis sungguh rasanya, saya jawab "nope.. I will have a cat. and don't tell me that u will be my neighbour across the street... Kah kah kah"
datim wannabe tambah "Hahahaha... Bukan acrosss... Sebelah je wehhh.. Next to!! Hahahakk"
C III SSSSSSS..
4. 
the sun goes down . oh yes! it's free no gst. the gift given by Allah to the community.




 

WHAT BECOMES OF THE BROKEN HEARTED


1.

Saya gemar pakai pakaian orang kesayangan. Seperti baju my oldwoman dan oldman. kalau rindu saya akan sarung baju melayu old man, terus sebelum tidur saya meraba-raba serpihan memori dahulu-kala bersama oldman untuk kurangkan rindu.

Antara pakaian oldman saya gemar pakai ialah kain serban dia. Kain serban dia saya amik dua tiga buat tudung. Hujung minggu lepas member dari Kelantan datang sini. Kami berkem di Sungai Lembing, berbasikal dan kejar pelangi di sebalik air terjun. 

Lepas habis berkem kami bertiga ke bandar terus masuk shopping complex sebab si kawan kepada si datin sorang ni mahu mencari kasut. Masuk shopping complex pada hujung minggu adalah kerja gila, yup! memang gila. tak pernah di buat saya tapi terpaksa..dan manusia pada ketika itu jumlah amat menggilakan. Saya berjalan cuba pejamkan minda "i'm not here" sepanjang masa berjalan saya lebih terdorong pandang lantai daripada orang.

Si datin ni bersuara memberi komen perihal kain tudung serban saya. 

"weh .. malu aku berjalan sebelah ko... macam teman mak haji masuk shopping complex..ha ha ha"

"apa nak malu.. at least aku ni balance.. ..lepas balik haji terus masuk shopping complex.. dunia pun cari akhirat pun cari ...seimbang kang.."

saya bertudung serban di waktu kerja sedang bakar roti dalam kelas amali.

2. 

Nah saya persembahan kan pelangi 




3. 




"As I walk this land of broken dreams
I have visions of many things
But happiness is just an illusion
Filled with sadness and confusion"

Hi

1. 

for unknown reason i keep this letter for 12 years already. where are you now?


"Buku study aku dulu yang kau conteng pon aku simpan elok. hahaha
Simpan sampai 30 tahun. kalau panjang umur tunjuk kat aku buku tu. surprise!!
 Haha insyallah..aku balik kampung kemas buku study dulu. rasa macam nak angkut je semua datang kl hahaha
Ya.. in sha allah.


 Eh lupa nak cakap maksudnya aku nak jumpa kau 30 tahun lagi bukan sekarang tau... Kah kah kah
 Kalau tak sempat sampai 30 tahun waktu kau, aku akan pergi turun kuantan cari ko juga. hahah"


2. 

mengantuk ibarat mahu tidur seratus enam tahun tak mahu bangun-bangun


"Aku mahu hidup 1000 tahun lagi
 Tak nak ... Aku tak sangup tengok kegilaan dunia untuk 1000 tahun lagi takut aku gila sekali."

3.


"Must be a rather nice place to be. 
Where? 
Inside your head"