ACHEH DAN PASTA

1

Dalam pembelajaran akan ada seisi soal jawab. Jadi saya lontar kan soalan am, saya syak semua orang boleh jawab soalan ni ...

"Tolong berikan saya satu contoh negara amerika selatan? "

Dengan laju dan lantang dan dia berada dihadapan terus jawab

"Acheh cik!!!"



Aduh... Rasa nak lempang je.


2.

Ada pertandingan dalaman. Saya galakkan pelajar tersebut amik bahagian dalam pertandingan untuk kategori pasta. Dia penuh keyakinan utarakan buah ideanya...


"Cik saya nak buat spaghetti bolognese.. Boleh?"

Saya jawab .... "Boleh je , tapi buat kelainan sikit ... Ada kreativiti dan unsur inovasi"

Pastu dia bagi idea lagi bernas

"Cik kalau saya tabur kacang atas spaghetti bolognese.. Ok?"

" Apa? Ko ingat ni rojak? Baik ko tambah  ice cream skali... Jadi ais kacang bolognese"

MENCARI ISI KETAM


1.

orang tak bagi kan .... nak juga!! 
kata nak peluang... dah bagi peluang dan ruang
di mana? mana? mana?

perubahan? 

kulit muka mu mungkin setebal kulit kaki ku kot


2.

masa tu hujan lebat, kat kedai makan tengah hentam maggi ketam, keesokkan kemudiannya saya food poisoning. cirit birit plus muntah-muntah. sumpah! dalam masa dua bulan ni tak mahu dah makan ketam ...Tiba-tiba Sharleena tanya

" wehh..aku heran lah.... tak sejuk ke hujan-hujan macam ni pakai short macam tu "

saya sempat melerek mata 2 saat melihat sekumpulan wanita yang di sebut oleh si Sharleena tu. Bercakap perihal short pants ketika ini memang tidak menarik minat saya lansung... Saat ini saya lebih minat mengigit kulit ketam agar dapat mengeluarkan isi ketam...

 Hurmm.... Memang short, dah macam pakai spender dah. Tapi tak heran sangat sebab yang pakai tu non muslim, ahh lantak dia lah yang penting melantak maggi ketam time hujan-hujan macam ni lagi syokk.. tapi saya tetap kena menjawab persoalan Sharleena tu.. nanti kang kalau saya biarkan persoalan dia tergantung,.. lagi menyerlah sifat malas bercakap ciri-ciri anti-social tu masih ada. 

acuh tak acuh saya jawab

" ermmm.... frozen kot clitoris depa tu.. "

Lalu Sharleena tersedak air teh limau dan tiada persoalan lagi dituju. Hujan makin laju masa pun berlalu sebegitu..


3.

hujan-hujan macam ni memang syok melayan yann tiersen..


D I S P U T E


1) kadang-kadang konsep sementara dalam hidup ini saya tak dapat terima terutamanya dalam perhubungan. manusia hidup manusia mati manusia suka manusia benci. walhal kehidupan ini sendiri adalah sementara. tiada benda kekal Karen.

Ya ya ya saya tahu.

Saya cuba.


2) tidur.. Mimpi yang muncul adalah gambar-gambaran yang lampau.

3) Hujung minggu ini asyik hujan saja. Bila hujan langit sentiasa kelam. Saya pun rasa muram. Saya jenis suka tenung langit biru. Sejuk... Saya tak tahan. Tiap malam kaki saya tegang... Cramp. Dengan cuaca begini saya hanya habiskan masa dengan berhibernasi bergulung buat popia dalam selimut atas katil, sambil berasap saya melayan tulisan junichiro tanizaki, kopi panas ditepi, dan Suede - Saturday Night dimainkan.



PENAT OIHH



saya muat naik gambar ini di muka buku. member lama komen

"karen selalu jadi model kaki... karen keje kat mana sekarang?

saya bertindak balas komen tersebut.... oh selalunya kalau orang komen saya tiada beri tindak balas, mungkin saat itu keinginan dan tanggungjawab bersosial saya tinggi

"itu lah dulu cita2 nk jdi model buah dada tpi harammm neraka jahanam. kah kah kah"

bahagian soalan kerja dimana biarlah dia tertanya-tanya