MELANCHOLIC

1.


ramadhan kali ini tarawih di rumah tuhan hanya dua kali. itupun awalan di ramadhan. disebabkan penat dek kerja (huh.. banyak alasan!) .. balik kerja dah lewat terus ke pasaraya berdekatan beli sayur kailan, cendawan dan telur. menu buka puasa sayur kailan goreng campur cendawan, telur goreng dua biji, air susu dan roti dua keping. hampir dua minggu menu sama. dah naik muak rasanya. 


makan itu je pun dah buat perut kronik kekenyangan. tersandar macam anakonda selepas telan lembu jantan. solat maghrib, baca yaasin terus pengsan. kalau bernasib baik sempat merangkak naik atas katil, kalau tak .. terbungkam atas sejadah, tak senonoh betul. tapi betul... saya betul-betul penat. 

bangun pukul 12, solat isya dan bertarawih bersendirian. belek-belek buku. pukul 2 atau 3 masuk tidur balik. pukul 5 bangun sahur minum air kosong 800ml dah cukup. routine ramadhan. 



2.

dulu kalau tarawih mesti pergi dengan oldman. saya selalu lambat bersiap tapi oldman dah ada dalam kereta sambil hon kan kereta dengan berniat agar saya turun cepat-cepat. pastu oldman adakan seisi kuliah perihal lambat bersiap (dia selalu cakap masa tak akan menunggu kita). oldman mahu ke masjid cepat sebab dikhuatiri lambat dan tak sempat berjemaah isya. pernah buat pertama kali pada rakaat 14 tok imam tersekat-sekat membaca ayat al-quran, dia berhenti diam sekejap pastu sambung balik tapi masih lagi dalam nada tersekat-sekat. ibarat orang tengah tahan sebak. pada mula saya ingatkan dia lupa ayat seterusnya..

selepas habis tarawih saya tanya oldman..kenapa tok imam tu baca tersekat-sekat masa rakaat ke 14. oldman cakap tok imam menangis sebab ketika itu dia membaca ayat al-quran yang menyentuh perasaan... saya tak tanya lebih panjang...urmmm mungkin ayat itu menceritakan berita sedih. saya boleh baca al-quran tapi tak memahami dan tak mendalami maksud ayat al-quran jadi saya tak tahu erti kesedihan tok imam tu. tapi pada ketika imam diam seketika tahan sebak hati saya tiba-tiba terasa sayu walaupun saya tak pasti apa yang berlaku. Ya..ini berlaku masa saya berada di tingkatan dua. waktu itu oldman segar bugar bulat gemuk badannya.


tahun lepas oldman meningal seminggu sebelum puasa. tahun lepas bercuti seminggu berpuasa di kampung. buat pertama kali saya ke masjid bertarawih bersendirian. tak dengar lagi seisi kuliah macam-macam pesanan dari oldman, tiada lagi bunyi hon kereta, tiada lagi bau wangi-wangian minyak wangi oldman, tiada lagi bayangan kelibat jubah putih oldman. pandu kereta bersendiriaan menuju rumah tuhan. setiap rakaat saya tahan sebak. sebak bukan sudah mendalami dan memahami ayat al-quran tapi sebak ingat pada memori lampau bersama oldman. saya tak dapat fokus pada ibadat. walaupun berkali-kali saya cuba khusyuk hanya mengingati tuhan dan mendengar alunan merdu indah suara tok imam melafazkan ayat suci al-quran.

saya menangis dalam sembahyang. air mata mengalir perlahan. hati tahan sebak. jiwa teresak-esak.

di perhujung rakaat,




salam ke kanan...

ya Allah cucurilah rahmat Mu ke atas ayah saya




salam ke kiri...... 

ya Allah tempatkanlah ayah saya dikalangan orang-orang mulia disisi Mu



dalam masa seminggu itu .. saya bertarawih di setiap masjid yang pernah saya pergi bersama oldman. saya mencari cebisan-cebisan sisa baki memori dulu bersama oldman. saya tahu memori ini buat saya bertambah sedih tapi yang sebenarnya... saya mahu! dan saya ingin mencari kehidupan lampau dengan erti makna saya bersangka dengan buat demikian saya dapat hilang rasa kehilangan ini, saya ingin merasa lagi perasaan gembira kehidupan dahulu ketika arwah ada. saya ingin merasa perasaan itu berulang-ulangkan kali. tapi apa yang terjadi... perasaan itu tak mungkin kembali. ia dibawa pergi bersama-sama dengan si  dia yang mati. 

oh ya........ ramadhan tahun ini, sekali pun saya tak balik sana. bukan ramadhan je tapi sejak januari lepas lagi saya tak balik sana. saya masih struggle nak move on... raya tahun ini pun oldwoman berkeputusan bukan di sana buat kali pertama.


3.  
"kali ni jadi...  kau cari kat aku satu!! kali ni aku berjanji jadi sampai ke pelamin. aku beri peluang dan ruang!! aku cuba percaya. aku cuba"
"kau kenapa?!" carikan kau apa?"
"cari laki. partner sekatil. lelaki."
"aha.......serius karen?????"
"aku dah tak tahan. sampai cair tahi telinga arini."
"ok..aku cari...jangan kau plak tak jadi"
"tapi aku nak yang pandai mengaji, solat, baca haruki murakami dan dengar sigur ros"
"sigur ros tu menatang apa plak??"
"kah kah kaah..... "

Kata Natelie saya patut kahwin dengan diri sendiri. Itu ciri-ciri sendiri. It's ok. Fine. Nevermind. Bila musim menikah melanda kawasan office, ada dua tiga keping kad jemputan...haa yang lain mula menggelupur soalan cepumas kepada si bujang. Pada mulanya boleh lah bekukan tahi telinga agar tak dengar apa yang dikata.. sekarang masuk tahun kedua ada juga cair tahi telinga... terang-terang jelas sebijik-bijik semuanya.


4.

bila mata tak boleh katup
hati berasa sesak, nafas tersekat-sekat
terasa hidup ini betul-betul tersumbat
dalam kegelapan hanya lampu jalan diluar malap-malap malu terpampang di dinding bilik
saya terbaring di atas katil hampir tiga jam...
jam pertama, jam kedua jam ketiga..
malam berlalu dengan perasaan sayu dan saya kaku di atas katil

saya bangun menuju ke peti ais
tuangkan air susu asli terus berasap ditepi jendela
Johann Sebastian Bach - Cello - Prelude Suite No.1 in G major dimainkan
tenung langit berkanvas hitam legam
warna hitam pekat likat
terasa hitam langit pada malam itu sungguh kelam sungguh kejam
ibarat perasaan saya pada kehidupan akan datang
selepas puas berasap sambil hirup susu
saya ke tandas.. mandi .. basuh.. gosok gigi dan wangikan badan.
dan
air pada pukul 3, 4 pagi bukan hangat.. sejuk nya memang mengigit sampai ke tulang

mungkin air sejuk itu sendiri dan bukan berasap yang buatkan saya berasa lega..
hilangkan apa yang tersumbat, sesak dan sebak.

untuk seketika saya perlukan berasap
untuk berasa rasional dengan apa perasaan ralat dan palat
tapi...  masuk tidur dengan badan melekat berbau asap.. saya tak gemar





malam itu saya tidur dengan rambut lembab, bantal basah
dan
Johann Sebastian Bach - Cello - Prelude Suite No.1 in G major masih lagi berputar-putar tiada henti sampai lelap


5

tatkala dunia ghairah bercerita perihal Gaza sekarang mungkin dunia di alih pandangan ke arah MH17

SELUAQ KETAT

1.
"dah lama saya perhati... ramai budak-budak kelas ni jenis seluaq ketat. saya bagi masa seminggu tukar seluar.. nak tahu ketat ke tak seluar awak... balik ni beli air mineral kecik. bawa masuk air botol mineral tu dari bawah seluar sampai ke atas...haa keluar tak botol tu. kalau keluat maksud nya seluaq longgar. kalau tersekat ke peha maksud..ketat. "

2. 

selepas seminggu masih lagi seluar ketat. macam-macam alasan basi budak perempuan ni bagi. pot pet pot pet. saya geram saya kata..

"baik kau tukar seluar tu.. ketat nampak seksi sangat. kalau saya tengok tak pe lah..tak ghairah. nak di jadikan cerita.. balik kelas jumpa jenis miang naik gairah.. tak pasal-pasal awak kena raba. kalau kena raba...sedih! kalau kena rogol.. haa macam mana?? sadis!!"

kih kih kih. dia gelak. 

"eh awak ni.. saya cakap pasal rogol2 pun... awak boleh gelak lagi!!"

3. 

masa budak ni tengah duk mengemop lantai. sambil duk sapu-sapu tertunduk-tunduk sampai tertongeng bontot.. lagi menyerlah nampak isi berlebihan kat peha kerna seluar ketat sangat. 

"haa.. awak ni, saya tengok nak mengemop pon seksa.. seluar macam nak terkoyak..bersepoh nampok lemok kat peha tuh!!" 

"cik ... sampai hati cik cakap saya macam tu..... "

kebetulan rakan sekerja ada dia tambah 

"dah tahu peha kita jenis peha balak.. pakailah seluaq longgar sikit .." 

"kah kah kah kah" saya dan rakan sekerja gelak jahat, padan muka. tak tahu malu juga gak.. tak tahu lah.


nasib kau laa budak... amaran dah lama bagi. tetap degil tak nak dengar..nasib lah, terimalah mulut pensyarah kau macam puaka. 


4. 

yang jenis pesen seluaq ketat ni bukan budak perempuan je yang ghairah nak pakai .. budak lelaki pun sama naik. pagi-pagi datang kelas baju tuck in lawa dah. tapi seluaq ketat sangat sampai menampakkan rajah bentuk teluq. maaf bukan nak mencarut tapi memang realiti. sekarang ni bukan hanya orang lelaki je kena jaga pandangan .. jangan tengok perempuan pesen pakai tudung senteng.. menampakkan rajah buah dada.. haa yang perempuan pun kena jaga pandangan... haram jangan pandang lelaki berseluaq ketat menampakkan bentuk alat sulit. 


kalau kaki kurus memang lah cun pakai seluar ketat. kalau jenis kaki peha besar diameternya baik tok sah pakai lah dik oit. buat orang mengata je. meh ikut macam kakak ni. seluar macam abang maintenance telekom poket kecik-kecik yang bersepah kat tepi-tepi tu lahh kakak berkenan. selesa pun selesa, senang angin nak keluar maksud kat bawah tuh.. 

LIVE FOR EVER IN YOUR OWN PRIVATE LIBRARY

1.

sekali lagi mengajar ketika bulan puasa ni memang mencabar iman. pelajar semua tak bermaya ibarat separuh roh dah tiada di badan. sampaikan berhalunisasi di kitchen bermacam-macam.
"nampak sedap je air ni....." kata si syafiq yang nampak cerdik tapi kurang peka.
saya ingatkan air apa.. rupanya air basuhan yang saya rendam dalam periuk  . mungkin kaler coklat air basuhan dia nampak macam air nescafe ais..
"parah dah.. awak ni." saya mengomen.
"parah tak parah cik... minyak dalam botol pun saya nampak macam sup.. rasa nak hirup-hirup"
kelas kitchen dari pukul 10 hingga 6 petang agak tinggi juga dugaan kali ini dengan bermacam-macam bau jenis roti di bakar mengoda iman senipis kulit popia vietnam.




2.

Sherleena cerita perihal mak saudaranya yang jenis main kaki bomoh. Oleh kerena mak Sherleena ada restoren jadi mak saudara dia pasang niat nak berniaga juga jadi bermacam-macam resepi dia pinta dari mak Sherleena. Pung pang pung pang mak si Sher cerita dan ayat last..soalan mak sedara dia ialah.........
"weh Nab..... kau pakai pelaris apa??"
Erm herm....
"Astaghfirullah Jah!!!....." istighfar panjang Nab aka mak Sherleena.
Erm herm... saya komen
"kalau aku jadi mak kau .. aku cakap macam ni - pakai pelaris empat sekawan. tahu apa empat sekawan?! rempah empat sekawan ... ini pakai bomoh sami tibet punya..pasti jadi! sami tu kata bila pakai bra...amik segenggam kayu manis segenggam bunga lawang letak kat dalam bra belah kanan pastu segenggam bunga cengkih segenggam buah pelaga letak dalam bra belah kiri. pakai sampai 7 bulan purnama bersilih ganti jangan sesekali buka bra tu dan tukar yang lain..... ha ha ha ha!" 
"gila karen.... dibuat dia buat sungguh tak ke nahas namanya.....tak pasal-pasal berkulat te - tek "
"kalau dia buat betul memang sah lah jahil sejati, memang padan muka dia.. pelaris-pelaris ni syirik oih.. ha ha ha" 




3. 

saya tak gembira sebenarnya. kerap merenung langit biru lazuardi sambil tertanya apa terjadi disebalik sana.. gembira kah di sana??








4.