THREE FIVE OOO ROASTED CHICKEN

1
Allah tuhan saya... gantikanlah kesedihan mak dengan kegembiraan. Sedih oldwoman biar saya tanggung walaupun kadang-kadang saya sendiri rasa tak tertanggung. Oldwoman tanya saya berkira-kira mahu raya dimana. Saya cuba faham tempat itu sendiri padat memori buatkan hati bertambah hiba. Saya cuba faham ini mengambil masa. Nak hampir setahun arwah pergi. 

Saya jawab "Karen dah tak ada ayah, ada mak je .. Jadi dimana mak beraya disitu Karen berada"


2.
kepada yang mati, sebenarnya tak pernah mati. sentiasa hidup dalam setiap hembusan nafas saya.




3. 

my oldman was dead because of cancer and he is non smoker. In gloomy evening... here i am, looking for cancer in order to soothe a sorrowful soul.  



4. 
pernah sekali saya mengajar cara-cara buat roasted whole chicken ala-ala kenny rogers. selepas siap sumbat sayur-sayuran dalam buntut ayam dan dah siap ikat bagai. saya suruh student ni pergi bakar ayam dalam oven. sengaja saya tidak maklum berapa suhu harus di set kan sebab saya nak tahu peka ke tidak pelajar ini dalam kelas teori sebab dalam kelas teori sebelum ini dah dibincangkan berapa suhu untuk bakar ayam yang sesuai. 

45 minit kemudian tiba-tiba deck level dua pada convection oven saya mengeluarkan asap. berasap berhangat. dalam bilik sarat dengan asap, bila masuk bagaikan saya berada di alam lain.. ala-ala alam misteri nusantara. ditambah bau hangit menyegit di hidung ini. astaghfirullah..suhunya! masya allah .. apa jadi dengan ayam saya! saya tanya, saya panggil siapa si pandai yang set suhu di oven. muncullah budaknya. 

" berapa suhu bakar ayam? "

diam tak berjawab. muka bersalah. 

" jawab soalan saya, jangan nak jadi bisu sekarang, betul tak suhu awak set ni?"
"betul laa cik.... saya dah check kat resepi..dia tulis 350" 
" 350 apa haa!? ko nak bakar babi guling ek?... 350 tu....untuk fahrenheit bukan celsius! lain kali kau baca betul-betul resepi, nampak sangat dah dua bulan belajar, ni first time kau nak sentuh oven kan, apa oven ni punye measurement temperature tak tahu?!.... ishh awak ni "
" maaf cik.... "
" jangan nak maaf maaf pastu buat lagi.. yang penting jangan buat kesilapan ini lagi, ko kena ingat bawa pengajaran hari ni sampai ke mati! ini benda basic tak kan awak tak tahu lagi.. nasib baik tak terbakar kitchen ni kalau tak dah lama ke ba boom oven saya tu ada juga dua tiga orang arwah sekali ngan ayam ko tu...tak ke aniaya kita semua.. "
" maaf cik.. "
" dah2.....haaa arini ko telanlah sampai perabis ayam 350 fahrenheit ko tu "




haish... nak marah pun ada nak gelak pun ada. ada di pusing meter temperature sampai habis.. 350'c selama 45 mnt mana tak retung ayam macam baru keluar dari neraka. hey.....budak-budak apalah yang ilmu melekat dalam kepala otak.  

JALAN TERUS JALAN JANGAN HENTI

1.

Bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran
Bawa bertendang sebelum dipandang kesian
Celaru tahu mengangkat diri berlalu
Bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran
Kaji langit biru indah

Siapa tak lelah saat dicatu
Mindanya yang tak henti alirkan adu
Delapang hati harus kita kenali
Diapa tak lelah saat dicatu
Perhati padang menghijau

Jalan terus berjalan jangan henti
Jangan henti kalau terus maki sendiri
Jalan terus jalan jangan henti
Sampai yang terpampang hanyalah langit yang mencium bumi...


2.

kalaulah hidup dihadapan ditakdir sehebat sesedih kehidupan ini, mahu pinta tuhan matikan saja aku pada umur 30? ataupun aku mohon tuhan padam segala memori dalam ingatan ini. boleh? aku tak rasa aku mampu tanggung dan teruskan hal ini semua lagi. penat dengan setiap orang segala benda.

huh! 

aku tak rasa tuhan ciptakan kau untuk jadi selemah sebegini. tuhan ciptakan kau sebab Dia sendiri tahu yang sebenarnya kau tak selemah seperti kau sangka. sedangkan Dia tuhan, Dia maha tahu segala-galanya. dan engkau tiada mengetahui segala-gala sesepandai Dia bila berbicara tentang caturan putaran kehidupan dunia. engkau siapa? 

hidup yang sebenar tidak bermula pun lagi tapi hey....kau dah mahu berhenti. Oit... malulah pada si babi. saat satu malaysia keji memburukkan babi tercalit di cadbury. babi tetap teguh berdiri di atas muka bumi ini sambil melaungkan suara kecil perjuangannya 'oink! oink! oink!'



3. 

f.i.f.a, world cup tahun ini dan empat tahun lepas tetap sama. tiada rasa seghairah macam zaman kegilaan del piero, roberto baggio, filippo inzaghi, nesta and bla bla bla. dulu gilanya hanya pada italy, sebelum perlawanan italy lawan france berlangsung saya sanggup buat solat hajat dua malam berturut-turut. setiap keratan surat khabar perihal italy tentu saya gunting tampal dalam buku skrap. bukan rujukan pada satu jenis surat khabar sahaja... malah pelbagai jenis surat khabar malah majalah bola. akhirnya italy tewas .. dua malam juga saya menangis... gila. selepas itu.. saya berhati-hati, apa sahaja pasal bola saya buat tawar hati tak payah nak gila hati sangat kang hati sedih sampai terkangkang-kangkang depan tivi. bersedih di atas kekalahan orang kafir? bodoh.


f.i.f.a tahun ini berlalu tanpa disedari seperti mana macam peristiwa badawi-najib yang dulu. dulu... selepas dua bulan najib jadi perdana menteri baru saya disedari oleh partner sebilik bahawanya bapa ketua malaysia dah bertukar kepala. kalaulah tak dimaklum oleh partner sebilik mungkin saya akan dimalukan dalam bilik kuliah dan hidup terus hanyut dalam dunia ruang sendiri.