WHAT THE HELL AM I DOING HERE?

1.
hari isnin kelas tiada. ingin terasa berada dunia lain, lari dari realiti bahawasanya saya terpaksa berpakaian penuh protokol datang kerja... jadi pagi-pagi buta pakai headphone high volume duk repeat layan ni sambil kononnya nak settle kan paperwork tapi kesini saya melencong. okey kejap lagi sambung balik susun ayat untuk paperwork. tiba-tiba tertanya diri sendiri "what the hell am I doing here?" (ala-ala lagu si thom). saya tak rasa saya jenis academic person tapi bila terlibat dengan benda-benda gini, kena study tak habis-habis. ingatkan zaman belajar je kena study. nampak betapa cetek lagi ilmu. melihatkan ramai member zaman belajar dulu sambung belajar .. teringin lah juga nak sambung. in sha allah. 



2.
kursus tiga minggu lepas jumpa member sekelas lama. dia pun pensyarah sama macam saya. bercerita update pasal kehidupan sendiri dan masalah betapa biadapnya pelajar zaman sekarang ini. dia buka cerita perihal kehidupan romantiknya hambar dan mak dia bising suh kawin. Si Ciwawa nie tak ada lah gemuk sangat di mata saya, dia ni berlemak sikit dan buatkan dia bertambah comel orangnya. Kata dia tak ada sape pun nak kan dia sebab dia gemuk. 
saya bagi cadangan "ko pergilah exercise, jogging apa... dengan badan ko ni kalau konsisten sebulan boleh kurus" 
dia jawab "dah.. aku amik kelas zumba" 
"habis kat kelas zumba ko tu tak kan x de sorang dua kot tersangkut, cubalah mengorat"
"masalahnya tempat zumba aku tu semua perempuan.."
menatang apa zumba pun saya tak pasti. Ciwawa terangkan katanya sejenis joget2 campur aerobic.
"tu la ko.. silap! patutnya ko pergi gym. kat gym tu mesti ada dua tiga abang katang badan besi. sambil exercise sambil ko usha-usha cari jodoh. 2 in 1. konsep premix. macam kopi. siapa tak suka premix kopi.. cepat dan sedap" 
perghh part cakap-cakap kosong bagi cadangan saya memang terer. ha ha. 
"macam ni la wa.. kita ni kerja dah ada, kereta dah beli, tahun depan in sha allah beli rumah, sekarang duk pulun nak kejar naik pangkat, nak sambung belajar lah konon... ko dah nampak ke mana hala tuju hidup masa hadapan..??"
dia mengerut dahi, diam, fikir 5 saat, dia jawab "tak"
"menuju kesunyian, apa susah ... nanti amik anak angkat atau bela sepuluh ekor kucing and hujung minggu buat aktiviti sukarelawan or kebajikan masyarakat. in sha allah tambah pahala dan kurang sunyi nye tu" 
terus Ciwawa menjerit datang terkam dan cekik leher saya "aku tak nak!!!!! ko sorang2 sudah lah.."
"kah kah kah..." puas hati saya, sakit perut duk gelak menyakat si Ciwawa ni. 


3. 
"eh awak ni..... jalan main redah je..tak nampak ke saya ni" dah banyak kali juga lah kalau dalam kelas kitchen student terlanggar saya. apa trend budak sekarang selain selfie mungkin berjalan letak mata simpan di bawah tapak kaki kot. 
"sorry cik.. saya tak nampak" sorry sorry sorry.. apa dia ingat saya ni minah saleh, tak pandai cakap melayu tak faham apa itu "maaf". ishhh. 
"nasib baik saya tak jatuh.. kalau saya jatuh macam mana?! dah laa saya tengah pregnant dua bulan ni" dengan nada tegas dan muka ketat serius nak mampus. pastu bunyi bising-bising kat belakang. saya buat tak tahu terus blah. 
"sorry cik, sorry cik, sorry.. sorry..." 
petang sikit, ada rakan sekerja datang jumpa saya 
"Karen... tadi ramai budak kelas aku duk sibuk tanya aku pasal ko?"
"pasal pa?"
"serius dorang tanya aku ko tu dah kahwin ke belum sebenarnya? ko tipu apa kat dorang haa?"
"dia jalan main langgar je aku, aku tipu lah kata aku ni tengah pregnant dua bulan, lepas ni kalau berjalan tu biar mereka berhati-hati sikit..... ha ha ha "
"ko tu kecik sangat..." 

Eleh. 



4. 

nampak simple tapi banyak benda kena buat. leceh. pastry is not my soul, not my forte but still need to learn. 



5. 

baiklah. back to work. have a nice life!




JADI ISTERI ORANG DAN KOMUNIKASI

1.
beban kerja orang bujang dengan orang kahwin ni berbeza sebenarnya. bila ada saja kerja dihujung minggu, pertandingan atau latihan, kerja perlu ke luar kawasan .. orang bujanglah pertama akan ditunding jari dan akan dipertanggungjawabkan. ya lah.. mereka yang bujang ni masa free nya terlebih melampau, baju suami tak perlu basuh makanan anak tak perlu dijaga jadi apa salahnya kerja-kerja lebih ni bagi orang bujang je.

" mak aishh.... awalnya ko nak balik karen, relax lerr baru pukul lima satu minit "
" ah ha sejak kebelakangan ni asyik balik lambat je.. suami aku kat rumah tu dah dua tiga hari menjeling lain macam aku nampak.. macam bagi hint nak kena cerai je aku ni, dia bising katanya kualiti dan kuantiti bersama keluarga makin kurang " tergopoh-gopoh ala poyo-poyo seorang isteri mithali saya jalan sambil pikul beg di belakang

itu jawapan saya fe-feeling menjadi isteri orang.

" ha ha ha ha " satu office gelak sakan dan sis D tambah " senget ko Karen!! "

2. 
satu group diwujudkan di facebook untuk kegunaan unit kursus saya. semua kakitangan join jadi member group 'kucingpanas' = hotkat = hotel katering. segala pertanyaan, jawapan dan masalah perihal kerja akan dibincang di sini. masih mengadakan meeting unit setiap bulan dan juga dijalankan perjumpaan unit secara kecil-kecilan setiap minggu.

10.30 am : ada orang add saya ke group watsapp unit. 10.32 am tanpa fikir panjang saya left group.

pastu dekat seminggu budak-budak unit saya bising pasal perihal saya left group. alahai...

"kenapa perlu create group watsapp unit sedangkan kita memang ada dan guna medium facebook. sedihkan zaman sekarang padahal kat office tu hari-hari jumpa bercakap, real meeting memang diadakan tapi masih tak cukup lagi, facebook plak..masih tak cukup lagi, pastu watsapp lah, twitter lah... macam semuanya tak pernah cukup tak pernah puas nak bercakap."

kalaulah kat group tu cakap perihal kerja semata-mata saya ok saya tak kesah nak join. masalah benda-benda peribadi dan perihal orang lain sibuk dipercakapkan. yang ni tak datang kerja amik mc jadi issue, yang ni lambat masuk kerja jadi issue, yang ni beli kereta baru jadi issue, macam-macam lah. cuba bayang kat office dah jumpa. dah cakap-cakap. balik rumah pastu masih mahu watsapp pukul 12, 1 malam masih nak bercakap lagi. keesokkannya pukul 8 jumpa lagi. memandangkan saya serumah dengan sharleena dia join group maka saya tahu.

sungguh menyedihkan dan begitu sunyi hidup ni, hari-hari pergi office bersosial dengan budak office, balik rumah nak berwatsapp bagai bersosial dengan budak office lagi?! alahai macam hidup sosial saya ni berpusing-pusing dikalangan budak office je. tak de orang lain ke hah!! ha ha ha. bersosial sorang-sorang sudah lah, kurang tahu cerita orang lain, kurang nak menilai orang, kurang peduli hal orang, kurang cakap, kurang dosa. mostly yang join group tu semua mak bapak orang. ingatkan bila jadi isteri suami ada anak ni mesti busy tak sempat nak bersosial watsapp bagai lepas waktu office. ye lah.. fokuskan keluarga. cara komunikasi bersosial sekarang makin kurang kualitinya tak perlu berjumpa di hadapan. jadi kejujuran itu ada diragui.

tadi. baru je tadi saya lepas meeting unit. ada akak cakap " weh ada gossip baru ..." saya mencelah " definisi gossip bersama maksud mengumpat, disebalik mengumpat tu besar tak dosanya  ..." semua terdiam. pastu dua tiga saat kemudian diorang gelak berjemaah. tiap kali saya nak serius mereka tak pernah nak paham.





urgghhh.. mungkin puncanya saya tak suka bersosial.

bukan.

di office saya bersosial sepenuhnya jadi bila lepas waktu office biar saya bersama dunia saya. jadi bila saya tak benarkan mereka masuk dalam dunia saya mereka kata " aku tak faham, karen tu memang pelik sungguh "

tup tup orang yang berlainan ideologi juga di labelkan pelik tak normal. saya abnormal sebab berseorangan, hanya yang 'berkumpulan' yang tampak normalnya.



3. 

you've got to get up every morning with a smile in your face,
and show the world all the love in your heart

la la la la



1 to 5

1.
minta maaf ini seharusnya insaf kesali dan tak akan buat lagi. tapi kalau buat lagi maksudnya macam daun keladi. ludah nasihat seratus kali tak reti-reti serap berubah mesti menipu buat lagi. dah jadi kebiasaan maka terbentuk peribadi sendiri. tabiat sejati. akhir kata.. minta maaf sejuta kali pun tiada guna lagi. kerna cara kau berjalan warna belang kau di badan sudah saya kenali dan lali. pehh.

2.
sepanjang perjalanan, saya rasa adalah dalam lapan minit sekali dia memaki hamun pemandu lain. lancau. lahanat. aku langgar kan. arghh bodoh. bangang. @##%&&*--. dan macam-macam lagi. ibarat dialah tuhan jalanan dan cara pemanduan dia paling betul. saya tak gemar naik kereta dengan pemandu mulut bising dan becok. rimas. rasa nak je buka pintu kereta terus tendang ke luar jalan biar digilis lori simen. tak kata saya tak pernah naik marah tak pernah maki orang. ada. dalam seminggu ada dua kali. kebanyakkannya dalam hati. paling teruk pun.. Shit!

jangan bising-bising boleh tak kalau memandu tu sebab saya ni jenis tidur sepanjang jalan. haishh. tidur sekarang susah nak senang macam dunia sekarang susah nak tenang.

3.
kita hidup ini tak boleh minta dunia berpusing ikut cara kita. kita yang kena berpusing ikut cara dunia. berpusing cara dunia mana sekali pun iman mesti ada dan harus berbalik kepada agama agar lepas berpusing sekali mana pun, hidup tiada terasa terhuyung-hayangnya.

4.
dah lama saya perasaan antara tabiat buruk saya kalau dalam tekanan selain tidur, berasap dan sental jamban dinding tandas ialah saya mesti mahu ke kedai buku. belek-belek buku. beli satu dua bawa balik walhal saya tahu bersepah buku dalam bilik yang baca separuh jalan. ini pembaziran. bila lihat buku tersusun elok saya sedar ke mana duit gaji saya labur pergi. haishh. not good. bertambah jumlah buku bertambah tekanan. ini sejenis pelarian. pelarian dari masalah. 4 jam paling lama saya melakukan aktiviti shopping buku di BBW lepas..kebetulan waktu itu memang tertekan. pusing-pusing, tengok-tengok, baca-baca sinopsis buku.. entah apa yang saya cari .. yang pasti itu sejenis pelarian.

semalam terbeli dua biji buku tentang sushi.

5.
kalau ke kedai kopi ada seorang budak pembancuh kopi mesti tahu apa yang saya mahu order. kadang-kadang kalau saya beratur ada dua tiga orang dihadapan. dia buatkan order saya dulu. menunjukkan memang kerap saya minum kopi situ. semalam budak pembancuh kopi budak baru.. Jadi dia agak pelik bila dengar apa yang saya order. Diulangnya dua kali .

"Tambah 2 shot espresso and less sugar. betul?"

Saya anggukkan kepala sambil angkat dua jari.

"kalau tambah 2 shot jadi total semua 4 shot dan kurang gula, betul?

"Yup" sambil beri senyuman hambar.

selepas siap saya pergi amik saya punya kopi dan budak pembuat kopi bertanyakan saya

"tak pahit ke rasanya?"

"pahit lagi kehidupan ini...dik" dalam hati je la saya kata .

"Taklah" saya jawab.






"You like your coffee like you like yourself. Cold and bitter."


Pehh.


JAM DAN SEMPURNA KEPEREMPUANAN


saya jenis perempuan yang suka pakai sesuatu untuk jangka masa yang lama. malah baju t-shirt masa tingkatan tiga, 2003 sampai sekarang saya masih pakai. sama juga kasut, saya pakai sampai lusuh, buruk atau rosak. kasut sekarang saya asyik di persendakan oleh rakan sekerja.
"kau tak de kasut lain ke? aku tengok kasut ke kitchen yang ni, masuk office yang ni, haa .. pastu pergi jalan-jalan dengan aku ni pun yang ni... macam x de duit sangat kau ni!?"
"kaya miskin seseorang bukan bergantung pada berapa pasang kasut dia ada... ini semua berserdahana dan ikut keselesaan. lagi satu kasut ni pun aku buat pi tandas dan pasar juga. ha ha ha" 
kadang-kadang saya tak faham macam mana orang jenis ada kasut pelbagai pasang. selipar jalan lain. selipar ke pasar lain. kasut berjalan lain. kasut ke majlis kahwin lain. masa belajar dulu ada member jenis gila kasut. kasut hak milik dia sahaja dah nak dekat 20 pasang kat rumah. memang gila. tapi yang pakai nya saya tengok yang warna coklat tu je. yang lain buat perhiasan buang duit janji nafsu puas je kot masa membeli.

kalau baju kasut ada banyak sangat pun mesti pening bila nak pilih pakai yang mana untuk match yang mana. sekali lagi buang masa. memiliki banyak pasang baju dan kasut buat saya rasa bertambah dosa. bendanya ada dalam almari tapi dalam enam bulan sekali pakai. rasa berdosa sangat... jadi sebelum nak beli yang baru saya pastikan saya lepaskan yang lama yang mana tak pakai. sedekah bagi je kat sesiapa je. disebabkan sifat saya x berapa nak shopping memiliki pelbagai baju, tudung atau kasut.. sharleena labelkan keperempuanan saya tak sempurna. perghhh..

untuk jam tangan sekarang.. saya pakai dari tahun 2009 hingga sekarang. tak pernah tukar yang lain, hanya ada satu. lagi satu saya ini jenis sentiasa pakai jam. s.e.n.t.i.a.s.a. makan, mandi, tidur, keje sentiasa pakai. melainkan ketika nak handle kitchen jika kena demo sesuatu yang perlu gaul pakai tangan. kalau tak pakai jam saya jadi resah semacam. ibarat senggugut campur sembelit. memang rasa tak selesa dan sengsara.

memandangkan saya seorang kidal jadi pakai jam sebelah kanan. lagi satu saya jenis pakai kepala jam di belakang pergelangan tangan bukan di atas. saya tak tahu mengapa tapi macam tu lah cara saya pakai jam, amoi kedai jam kata itu tak bagus nanti cermin jam cepat calar. untuk sekian lama, minggu lepas saya pergi beli jam baru. mula-mula mengopi di kedai kopi dengan sharleena. pastu kami berpecah, sharleena ke mc'd saya ke kedai jam.

ada dua pilihan. satu yang jenis kulit satu jenis metal. pada mulanya mahu tukar selera, tukar kepada yang lain, tali berkulit. yang kulit tu memang lawa. brand pun superb sesuai dengan orang muda macam saya ni. yang metal kalau ikutkan brand sesuai untuk orang golongan 40 an je. tapi ikutkan fungsi yang tali metal lah yang superb. lagi satu kalau mengenangkan balik saya ni jenis mandi laut pun tak tanggal jam..jadi  terpaksa pilih yang metal watch band. itu lebih praktikal.

beberapa minit kemudiaan sharleena datang.
"lahh..tak siap lagi kau membeli. gila lama...."
saya masih lagi keliru mana satu mahu buat pilihan. ya.. dekat sejam.
"first time aku tengok sifat keperempuan kau ni keluar menyerlah... bingung buat keputusan dalam aktiviti membeli-belah.. perempuan sangat nampak. ha ha ha "
dengan gelak setan dia tu memang persis dah macam kembar siam setan dah saya nampak. eleh........
"ah ha...ini kau baru nampak aku nak pilih jam.. itu kau tak tengok lagi bila aku pilih teman mengawan..perghh.. terus perempuan sempurna wala wehh.."