PAHIT HATI BUKAN KOPI

Ada pelajar masuk hospital gara-gara perut sakit sebab ada cebisan tisu kapas dari surgeri apendiks tahun lepas terlekat di usus. Oleh kerana rakan sekerja aka senior atau dikenali Encik Beruang selalu memberi komen tentang saya mengatakan saya tiada 'tanggungjawab sosial'.

Salah.

Untuk membuktikan dalil Encik Beruang tersasar lalu saya pergi melawat pelajar di hospital dengan erti kata mahu tunaikan kebajikan sosial saya. Usai sampai di hospital, ibubapa pun ada bersama, saya salam dengan ibunya sambil pelajar saya memperkenalkan saya pada ibubapanya "ma abah inilah... lecturer aina"

Erk...reaksi mereka. Saya angguk sambil beri senyuman paling professional, sopan dan tampak sepenuhnya menawan matang. Borak 5 hingga 15 minit tanya perihal pembedahan.

Ya ya ya. Bla bla bla bla.

Datanglah sekumpulan ahli keluarga pelajar saya. Mungkin sepupu sepapat, mak bapa saudara, kakak abang ipar dan saudara mara para para para. Adalah beberapa mak cik. Sekali lagi lagi aina memperkenalkan saya pada ahli saudara mara para para paranya.

" Mak cik Pah... ini pensyarah aina "

Ya buat kali kedua saya angguk sambil beri senyuman paling professional, sopan dan tampak sepenuhnya menawan matang. Satu, dua, tiga ... saya tunggu reaksinya

"Laa...iye ke?? kecik sangat pensyarahnya, kecik dari aina. Ingatkan budak sekelas aina" 

Pahit saya telan, manis saya tunjukkan. Haisshh.

Selesai urusan melawat dan melaksanakan kebajikan sosial terus saya ke kedai kopi kerna pada saat ini saya pasti dua ratus peratus badan saya wajib kena telan caffeine.

Kiri kanan saya tak peduli, parking luar kotak parking, tepat depan muka pintu kedai kopi terus terjah kaunter mahu buat pesanan.

"Selamat datang, mahu order apa dik? "

Lagi buat kali ketiga saya angguk sambil beri senyuman paling professional, sopan dan tampak sepenuhnya menawan matang. Satu, dua, tiga tarik nafas saya kata dengan nada jelas terang dan muka bersahaja

" dik.. saya ini dah tua, bagi kakak caramel frappucino with extra two shot espresso and less sweet please.... terima kasih "

Adik kedai kopi tu bulatkan mata macam tak percaya. Saya sengih kecilkan mata untuk mudah hadam apa pahit rasanya lalu adik kedai kopi pun sengih sama. Pahit di hati terlebih pahit dari kopi rasanya.

Maaflah kakak ini makin tua makin kuat sentapnya. Ha ha ha. Sherleena kata rasa kopi saya ni ibarat minum air habuk rokok. Terlampau sedaplah tu. 

BLANK BLACK WORLD



I could listen to this all night long while close my eyes and laying in a darkened room until my mind completely blank and black. Goodnight world.