KITCHEN, RUN AND DISEASE.

1.
orang kata, perempuan belajar tinggi-tinggi pun akhirnya di ceruk dapur juga. betullah tu. belajar di ceruk dapur, kerja di ceruk dapur. belajar tingi-tinggi pun akhirnya diceruk dapur juga saya berada. bosan. jadi di rumah saya haramkan sentuh periuk kuali pisau jangan jejak kaki ke dapur. Huh! jangan haraplah lah.. macamlah kat rumah tu ada orang gaji. kena jejak ke dapur juga. kerja macam saya ni kadang-kadang terpaksa stay di kitchen sampai 1 - 2 pagi. Sabtu ahad pun keje. Ni dah 2 minggu berturut-turut terpaksa kerja hujung minggu. Lebih-lebih lagi ada event atau training budak untuk competition. Penat tak boleh cakap. Penat lain macam. Tapi saya pasti penat orang kerja di hotel line lagi hebat. Saya pernah merasa masa industry training dulu. Syukur doa orang tua makbul maka jadilah saya sekarang seorang pendidik. Mendidik di dapur. 

Tangan pun tak ada rupa macam perempuan ayu-ayu macam puteri. Pelbagai cop koleksi saya kumpul. Kena pisau. Kena pot panas. Kena oven. Bila mandi mula pedih-pedih terasa baru perasan ada luka. Kadang-kadang bila mandi, entah mana-mana lebam tiba-tiba saya dapat. Betis. Peha. Kaki. Pada mulanya saya syak ada jin iblis setan yang gigit. Ha ha ha. Padahal masa buat kerja jalan macam orang gila main langgar semua meja kerusi bagai. 





2.
kalau tak ada di rumah maka  di pejabat tak pun di kitchen - bengkel buat food eksperimen. kalau tak kerja saya kemas rumah, tidur, baca buku, berkebun meragut rumput, keluar berbasikal, melukis sambil layan lagu, melayan movie iran perancis dan pelbagai dan ada beberapa projek lagi seperti menconteng di cover floor lamp. tak pernah siap-siap. 

dalam kepala ni macam-macam benda nak buat. lepas ni nak belajar menjahit, nak buat perabot sendiri, belajar berenang, belajar piano, belajar bahasa german dan memperkukuhkan france, mendaki bukit gunung masuk hutan. apa-apa pun dalam hidup ini selain wajib saya ke mekah, saya akan pastikan saya tiba di tibet. ho ho ho.

member tanya "yang kau buzy-buzykan diri dengan bende ni semua untuk apa sebenarnya?"

"untuk lari dari kehidupan.. Dan aku rindu ayah sebenarnya"

member satu sekolah cakap.... "kau tak payah beria sangatlah buat-buat buzy dengan aktiviti kau tu... lebih baik kau buzy cari calon laki. kau tu dah tua!"

mak oihhh..menusuk ke ginjal statementnya. baru-baru ni pun budak office dah mula kaitkan saya dengan perihal jodoh. kamonlah... baru 27. Akak sorang kat office ni umur 36, tak kahwin lagi..tapi saya tengok dia ok-ok je. Masalahnya i'm not a good lover. I mess up. love? i prefer keep it to myself. I'm scared.

sherleena pernah mengeluh "entahlah, aku tak tahu laa karen... macam mana lah suami kau nanti... siapa lah agaknya" 

ha ha ha... nampak sangat saya seorang susah nak di handle.

"relax wei.. by 30..aku grab je mana-mana laki yang ada depan mata... kalau hati tetap kaku takut.. mungkin aku amik anak angkat je..."










3. 
bermesej dengan pensyarah perihal yang tiada kaitan dengan pembelajaran atau pun masalah peribadi adalah sesuatu yang agak absurd. dulu ketika saya seorang pelajar.. tiada saya mesej lewat malam dengan pensyarah tiada tanya perihal "buat apa tuu?" "dah makan belum?". Ya, saya seorang pelajar tiada mesra.  

ke saya seorang yang tak friendly.. cikgu anti mesra. lagi pelik yang bermesej tu adalah pelajar berlainan jantina. lagi lagi lagi pelik kalau yang bermesej tu sama jantina. apa nak cakap.. dunia nak kiamat, homoseksual merata-rata. dulu masa belajar pensyarah saya adalah seorang gay. saya sentiasa berdoa agar Allah buka pintu hatinya dan diberi pentunjuk hidayah kepadanya.. amin. Arwah oldman kata... Seorang pelajar selain menuntut ilmu dengan cikgunya, dia harus mendoakan kebaikkan kesejahteraan untuk cikgunya. 

kalangan member sekelas pun ada yang gay. bende homoseksual ni tak heran sangat dalam jurusan saya. ramai. belajar pandai tapi seorang gay dan its ok. Kata mereka. Saya kata ini gay yang berilmiah and its not okay. haha

sebelum ni, ada seorang pelajar perempuan pada mulanya mesej luah masalah keluarga. sebagai cikgu saya kena bagi respond bagi nasihat takut terpesong jalan. tup -tup lama kemudian makin kerap mesej benda tak berkaitan dan saya tak layan. bila marah dalam kelas. di hantar mesej sedih akan berubah merayu minta maaf macam seorang kekasih. Cara dia bermesej tu agak pelik rasanya. Minta maaf tak perlu, penyesalan tak perlu yang penting perubahan. To reply her nonsense mssge.. Jangan! Nanti kan makin menjadi-jadi. what!? geli bukan! shit. Alah... dulu masa saya belajar berdozen di marah maki oleh pensyarah..tapi tak adalah pula msj scara personally to say sorry. Janji tahu salah dan berubah. Anak-anak didik sekalian.. Less drama please. 

saya siasat pasal budak perempuan ni dengan rakan sekelasnya. rupa-rupanya sebelum ni pun dia pernah mesej pelik-pelik. mesej sayang rindu kat budak perempuan lain. katanya kalau sehari tak tengok aweks ni rindu rasanya. masya allah. patutlah tiada orang berkawan dengan dia dalam kelas. kalau pertama kali pandang budak ni.. nampak normal manis bertudung. tapi yang sebenarnya... tuhan saja tahu. memandangkan.. pelajar dalam kelas ada jenis lelaki patah perempuan keras lain macam dan walaupun saya sendiri bukan jenis banyak ilmu agamanya tapi wajib dalam kelas saya mesti tegaskan perihal homos adalah haram.

dipendekkan cerita saya ambil keputusan face to face nasihatkan dia. harap apa yang saya nasihat masuk dalam hatinya dan berubah. 

homo??... i pray to Allah... this sick world sick disease ...hopefully it will not happens to my future child,  future husband.. maybe. And future me. 

well kids... unfortunately i'm not easy, i'm strict and straight. as long as you re my student ...so you are not my taste. 

4.
penutup bulan februari. jumpa lagi tak tentu bila.











ANGGUR, ZUBAIDAH, ROSE DAN BERBASIKAL.

1.
sejak kebelakangan ini.. eh bukan! dah lama sebenarnya saya jalankan aktiviti pertanian. sebelah rumah ni ada....lah tanah sekakang kera. nak bina sebuah rumah kera bolehlah, nak bina rumah orang memang tak dapat untuk PR1MA. hahaha. al-kisah ada tanam pokok anggur merah, anggur hijau, pokok siti zubaidah, dan rose. habis keje pukul 5. siram pokok bunga dan meragut rumput. itulah aktiviti petang harian. bagus untuk mengeluarkan peluh tak seberapa. 
"hey karenn...kau nak kemana tu, tergesa-gesa mahu balik..macam ada anak je kat rumah kau tu??"
"ada anak...anak pokok, tuu..tengah menunggu siraman kasih sayang kat rumah tu"
mentang-mentang saya bujang, tak berkahwin tiada anak, semua keje bagi saya. asyik-asyik saya yang kena. memang saya bujang tapi tak bermakna saya harus bertapa di office memanjang. walaupun bujang tetap ada kehidupan. ada juga saya amik anak angkat kan kan....

 



ini pokok anggur merah. puas siram sambil berzikir tapi tak berbuah pun lagi. saya pun masih menunggu kunjungan buahnya, teringin juga nak merasa buah anggur tanam sendiri. boleh buat wain versi halal sendiri. ha ha ha. partner serumah kata.. kalau pasang letak air-cond sebelah pokok mungkin berbuah. yeelah tu. anggur hijau pertumbuhan macam terbantut sikit. daun tak berapa nak segar dan menjalar. letak baja tahi kerbau mungkin mahu sihat menjalar kot.  

2. 


nama pokok ini siti zubaidah. bunganya secantik namanya. berkenalan di expo pertanian. terpandang sekali terus jatuh cinta terus saya beli dan tanam. akak expo si penjual kata 
"pokok bunga ni dik...bila bunga berkembang, konfem hari-hari kau bangun pagi nanti kau nak belek pokok ni je dik.. x payah dah belek handphone belek boipren" erk.. Lahahaha
3. 
kalaulah Mah seindah Rose. Macam Rosemah. Ahaks.
"rose is a rose is a rose is a rose"




rose memang menjadi. sekali berbunga..tujuh kuntum dalam satu pasu. alhamdullilah.

4. 
ohomm... this is my new kesayangan. 




"turn your magical eyes round and around, looking at all we found, carry us through the skies, les bisyclettes de belsize.... la la la la"
al-kesahnya saya pergi kerja naik basikal. macam2 reaksi saya dapat memandangkan budaya sini tiada yang mengayuh basikal. ada pee-wit pee-wit sepanjang jalanan, ada yang sengih, ada yang kehairanan. padahal masa di universiti dulu, bersepah kot pelajar naik basikal. k.o.l.o.t. 
"owh misss.. datang keje naik basikal..baguslah"
"saya yang datang naik basikal pun boleh on time, korang motor ada, jalan kaki tak nak and rumah berhampiran je pun tak boleh on time..paling teruk ponteng terus.."
ini komen paling ko ko kolot saya dapat. ini dari mulut pensyarah sendiri yang berijazah..bukan pelajar atau mak cik cleaner..
"karen..nak naik basikal tu memang lah boleh, tapi naik buat jalan-jalan kat taman rumah je, tak payah buat datang keje, student tengok.. tak elok, nanti dorang pandang rendah kat kau.. - - -apalah.. nama pensyarah tapi datang keje naik basikal...ha ha ha"
kamon lah... kat overseas tu bersepah prof pangkat phd naik basikal kot. apa?! nilai seorang guru seorang pensyarah dinilai melalui kenderaan dinaikinya? bullshit.

tambah 'dia' yang tinggi nilainya lagi .. katanya naik basikal ni tak sesuai dengan budaya disini. naik kereta lembu laa kot sesuai bagi dia dengan budaya sini. 

ada lagi.....
"hati-hati naik basikal tu, kang nanti balik ada orang culik rogol kau nanti...."
masya allah... mulut. tolonglah doakan yang baik-baik aja. zaman sekarang ni..kalau nak difikirkan pasal risiko dirogol. memang susah nak keluar rumah sorang-sorong. tak payah pergi keje lah.. terperuk je lah kat rumah sampai tua. hidup ini memang dah menakutkan. tolong jangan buatkan semua pandangan tentang kehidupan kelihatan menakutkan. sesak mahu bernafas di dunia rasanya. saya percaya Allah ada. perjalanan saya naik basikal dari rumah ke kolej hanya amik masa 5-7 minit. dekat bukan. tapi risiko rogol perogol di war-war untuk ditakutkannya. 

doa versi saya ketika keluar rumah atau naik basikal.
" ya allah, sepanjang perjalanan aku ini... mohon lindungilah keselamatan aku dan peliharalah kehormatan aku daripada diganggu dari ancaman bahaya atau unsur jahat dari manusia, binatang dan syaitan..amin" 

KORUPSI DAN ROSAK - DUNIA MANA ADA SEMPURNA



 





























wei kau ada ig? - tetiba member mesej di mukabuku
ig tu apa wei?? kau nak ic aku ke?
kah kah kah
instagram laa ngok..
lerr sebut tulis biarlah sempurna. mana aku tahu ig tu instagram. aku panggil instagram ..instagram lah.. - ok nak cover kemaluan dan kekolotan diri sendiri.

hidup sekarang nih terasa makin tua. kebelakangan ini terlalu tenggelam dengan masalah pelajar. masalah sosial. dadah, perut buncit beranak anak luar perkahwinan - katanya busung mula-mula, maksiat bersepah-sepah kalangan pelajar, tangkap basah dirumah sewa. masalah perkahwinan member-member. urghhh... astaghfirullah. terlalu banyak kerosakkan. kadang-kadang saya fikir... buat masa sekarang dunia dah sebegitu korupt dan rosak..macam mana dimasa hadapan dimasa zaman anak-anak zuriat saya akan datang. adakah makin menakutkan? saya gerun tuhan. sejenak ada timbul perasaan takut mahu berkeluarga di sanubari ini. saya ini memang penakut tuhan. mohon kuatkan semangat dan iman. mohon petunjuk dan mempermudahkan saya ke jalan mu tuhan.  


"'ya Allah ya tuhan yang menciptakan bintang..
permudahkanlah ilmu, iman dan nasihat diberi memasuki ke dalam hati dan jiwa saya, ahli keluarga saya, anak-anak didik saya, keturunan saya dan masyarakat sosial dalam kehidupan harian saya. biarlah ia selari sebati dengan aliran darah kami.. amin."