KAWAN LELAKI, PENGAPIT, GAMBAR & SAYA HAIRAN

1
wei kau dah booking hotel belum?
belum.
habis tu kau nak tidur mana nanti?
alaa..bilik kau lah. kata kau kawan lelaki aku, kita sama-sama lelaki tak kan berkira kot..

hahahaha .............. - terus konon-konon lelaki gelakkan saya secara berjemaah 

2. 
karen bila aku kawin nak minta tolong ngan kau nanti
tolong apa?
jadi pengapit..
huh!! 
tapi pengapit belah lelaki
gila..belah lelaki ke, belah perempuan ke, belah pondan ke..memang tak lah wei
kalau macam tu aku tak nak kawin!!
kau tak nak kawin tu kau punya pasal. orang tak amik perempuan jadi pengapit belah lelaki.
eh kau kan lelaki, bukan ek? 

kahkahkahk - mereka masih gelak secara berjemaah.

tentu saya marah. terus nama haiwan saya semburkan. kambing!

3.













haa yang pesen pink ber riben tentu bukan kasut saya. saya punya hitam keperempuanan. ahaks.





4.
Kadang-kadang saya pun hairan. Dari segi mana kelakian saya ada yang mereka nampak. Terlebih macho dari manis ke?Saya tiada jalan terkangkang-kangkang, bert-shirt setiap masa benci baju kurung baju perempuan seperti gaun blaus and bla bla bla, tidak! Saya cuma tak pakai baju berenda-renda macam perempuan kebanyakkan, tiada tudung beralun-alun, tiada bufferfly, tiada bunga, tiada reben bagai, tiada kasut bertumit yang pelbagai dan saya hanya tidak ikut perkembangan fesyen semasa sahaja. Tak salah bukan. Saya normal. Ermm hurm.. saya akui kadang-kadang saya sedikit lasak, minat tak macam perempuan kebanyakkan. Tapi saya ada jiwa perempuan tulen tau.. cuma bila saya tonjolkan.. mereka pun tak tahan gelinya. Katanya tak sesuai. Pernah sekali saya bercakap dengan oldwoman di telefon. Mamat satu office tanya

kau cakap dengan siapa tadi??
dengan mak aku, kenapa?
gila lembut. geli aku dengarr...

macam gampangkan. bila lembut, geli. bila kasar, lelaki? yang mana saya harus jadi. jadi apa yang saya nak jadi. atau jadi apa orang mahu saya jadi. 

ahh..aku memang lembut dan pelembut orangnya tapi bila bercakap dengan manusia lah... cuma bila bercakap dengan monyet jadian macam kau lah aku bertukar jadi kurang lembutnya. ha ha ha ha 

ALLERGIC TO BABI

1.
Sebelum bermula sems baru, pada kelas pertama kali saya akan bertanyakan kepada pelajar ada sesiapa yang ada allergic pada mana-mana makanan. Semua diam membisu. Ada dua tiga macam konfius. Nak cakap ke tak nak.

Saya dengan nada penuh kasih sayang campur bimbang bertanyakan lagi sekali. 
"Cakaplah... Jangan takut. Saya tak marah. Bende ni saya kena tahu. In case awak ada allergic dengan seafood saya akan tukar kepada ayam. Saya order ayam. Dari seafood terrine akan jadi chicken terrine."
Masih diam semuanya. Ke mereka tak faham.
"Awak semua faham tak ni? Contohnya saya. Saya ada allergic. Saya allergic dengan babi sebab itu saya tak makan babi."
Semua terkedu.

Akhirnya...Adalah seorang pelajar perempuan dengan muka ragu campur takut dan halus suaranya berkata 
"saya cik karen... Saya allergic dengan ikan""Ikan tu banyak jenis. semua ikan ke awak tak boleh makan?""err.. Tak juga" dia macam keliru.
"Apa jadi bila awak makan? Awak sesak nafas terus mati ?""Tak."'Awak gatal-gatal?'"Ye""Ada ubat sapu kan.. Doktor bagi ubat sapukan?""Uh ha...""Ok... Maksudnya boleh makan. Untuk awak saya akan order ikan banyak-banyak. Ok?"
Terus dia buat muka tak percaya. Mata terkebil-kebil.

"Bongok.. lain kali kau jangan bagitahu. Sems lepas aku belajar dengan dia, dah kena" kawan sebelah mencelah dengan nada bisik-bisik. Saya cepat tangkap. Muka tentu serius buat-buat garang tapi dalam hati mahu gelak. Tentu dia kesal tak habis.

Semester lepas ada budak katanya allergic sayur. Semua jenis sayur tak boleh makan. Nanti dia muntah terus deman. Mana surat doktor? saya tanya. Tiada surat tiada saya nak percaya dengan alasan sampah ni. Lagi saya kata, itu bukan allergic tapi dia yang tak suka sayur tak mahu makan. Saya paksa telan. Siap menangis-nangis buat aksi loya muntah lagi. Tapi saya peduli apa. Esok nya elok-elok hidup je, datang kelas.

Dengan saya jangan nak ngada-ngada. Oh ya sems ni saya mengajar subjek Garde de Manger bermaksud Seni Sajian Dapur Sejuk. Untuk budak allergic ikan ni, saya mahu order ikan salmon banyak-banyak. Biar dia telan sampai sembuh allergicnya. Puas hati saya. La ha ha ha ha.

2.




3.
Ini perempuan. Dia kekeliruan jantina. Tapi suara memang..... humphh!