RAWAN DAN MELANKOLIS

1.
ahhhh! nafsu dia memang besar, bukan setakat rakyat atau orang bawahan dia mahu pijak-pijak cekik makan biarkan mati kesusahan, kalau boleh langit pun dia mahu telan, apa? dia ingat dia tuhan!! 

nanti di hari berhadapan dengan tuhan.. saya mahu lihat siapa yang sebenar-benar tuhan mampu memiliki bulan?? Allah.



2. 
mengemis sisa-sisa baki kasih sayang melalui secebis nota usang kenangan dari arwah oldman. saya sungguh merinduinya tuhan... Wahai Allah, berbahagialah oldman saya disana bersama-sama orang yang beriman di dalam flora fauna syurga al-firdausi Mu tuhan. aminn.

2008, ketika itu saya di sems 5, practical training, untuk 6 bulan saya tak pulang rumah. pada hari kelahiran saya. oldman postokan hadiah sebuah jam tangan bersama cebisan nota manakala oldwoman posto dua cd classic; patti page dan connie francis (masa ini lagu stupid cupid adalah kegemaran saya). cebisan nota ini saya lipat simpan dan selitkan di dalam buku surah yaasin. tapi malangnya bencana banjir telah tenggelamkan nota usang di dalam sebuku yaasin bersama sejadah dan uniform sembahyang saya. saya kutip, keringkan. tulisan walaupun pudar masih dapat dibaca dan terbelah terkoyak. 


3. 
biarlah rawan dan melankolis ini berhimpun sampai penuh dadanya - birunya biru



4.
hari audit aset. untuk saya punye jurusan mereka akan audit setiap aset yang ada di kitchen. berapa pisau berapa ice maker machine, marble tabletop, salamander, poofer, blender, and bla bla bla.. dalam kelekaan menerangkan di mana setiap posisi barang bersama seorang lagi rakan sekerja, tiba-tiba auditor mencelah menanyakan soalan 

"ehh..ini pensyarah juga ke?" sambil menunding jari ke arah saya.
"ha..yalah" pantas rakan sekerja menjawab
"laaa..apsal kecik sangat, mula-mula saya ingatkan student"

habis yang tadi... masa saya sibuk-sibuk bercakap sampai berbuih mulut macam orang kena santau tadi mesti dia tak berapa nak endah. macam nak percaya ke tak dengan budak ni. benda ini pun sama terjadi ketika berkursus tiga minggu lepas di institusi lain. dalam surai usai solat zohor tiba-tiba ada dua budak perempuan tersengih-sengih datang ke arah saya sambil bertanya 

"elektrik ekk?!"
"siapa?" saya keliru
"awaklah..." yakin je dia jawab

ahh.... rupa-rupanya muka saya ni ada gaya macam budak electric. 


5.
saya dalam kegelisahan. untuk sekian lama saya ambil keputusan hujung minggu ini pulang ke sana, ke rumah oldman. itu pun selepas puas along pujuk. kami ramai-ramai pulang sana bersama oldwoman dengan harapan bila ramai mesti kurang perasaan sayu itu. saya takut. kekuatan saya tahan mungkin akan gugur berderai. mohon tabahkan saya tuhan!. 

dalam kepala terlalu kusut hitam, saya biarkan legam berkumpul di paru-paru dengan harapan biar jernih terbit di kepala terus menjernihkan keadaan. maafkan saya paru-paru. dah lama saya tak sentuh sebenarnya.. 

 

ROSE, I'M FEELING OLDER

1
perihal tontonan secara tak sengaja di kaca peti empat segi beberapa malam yang lepas harus dijadikan pedoman untuk saya dan semua; 

yang mualaf pun tahu tutup habis di majlis akad nikah sedangkan yang muslim azali terus bogel habis. hormatnya pada sesuatu majlis agama mungkin lenyap bersama gah kilauan permata belian di junjung kepala dan wah lilitan mewah di leher.

moga Allah hanya tuhan punya ini alam merahmati pasangan berkenaan dan kita semua. aminn.

majlis perkahwinan cukup pakej dilaknat oleh tuhan. siapa kehendak? mungkin tak sengaja sahaja atau tiada perasan. 

2. 
Alahai tuhan, mohon pancarkan sinar bola merah Mu sampai muncul bintang hitam malam, hangatkan saya punya kesayangan, agar nanti malam dapat saya bermesra sayang bersama kesayangan




3.
"makan hidupan dua alam adalah haram aptah lagi dalam hidup ini menjadi dua alam atau gemar dua-dua alam"
4.
here..some shitty art by me. dinding di rumah baru. seperti mana orang utan aka rakan sekerja mengeluh ketika bantu saya waktu banjir lepas, dia kata; " oi ini rumah ke library?" saya jawab "ini gallib house = gallery + library"

Masa mula-mula pindah rumah baru, saya dan partner serumah memang pokai habis. Ialah pindah masuk rumah baru, macam-macam kena install dan beli baru. Dompet nipis perut kempis. Lalu Sherleena utarakan cadangan.

"Apa kata kau tampal semua lukisan kau tu kat dinding pastu kita buat opening new gallery kat sini, sekali masuk rm10..rasa-rasa ada orang datang tak??"

"seratus juta tahun akan datang pun orang atau haiwan tak akan datang, cari plan lain, kalau jual kau boleh lahh, meh aku jadi mak ayam, untung kita bagi 60-40. kahkahkah"




5.
"perbezaan nyata di antara mahathir dengan najib selain dalam pentadbiran negara adalah cara mentadbir bini"
6.
"jangan berjanji kalau tak mampu tepati. itu naa jib"
7.
Arini adalah dekat lebih 10 kali lagu ini saya replay replay kan. happy monday to all..



Rose, I'm feeling older
I was as lucky as a four-leaved clover
I tried to be happy it wasn't easy
When I choose my color it will be Razzle Dazzle Rose
Rose, I'm feeling older
Courage my love it makes me bolder
Expecting softness can lead to foolishness
When I choose my color it will be Razzle Dazzle rose

CINTA SAYA BUKAN CINTA JENAKA

1
Kat office ada kakak umurnya 32, in sha allah bulan 1 tahun depan dia kahwin. Sebelum ni agak kerap juga kakak ni mengadu perihal jodoh dengan saya. Syukur ke hadrat Ilahi, saya gembira bagi pihak dia dan pasangan. Yang saya tidak gembira, dia pula buat-buat sibuk tentang saya. Macam-macam soalan kahwin dia dan lain-lain tujukan sedangkan oldwoman buat tak kesah je pasal ni.

Pertanyaan satu
Hey Karenn... bila pula kau nak kahwin?
Relax lah dulu, bagi yang perlukan terlebih dahulu.

Pertanyaan dua
Kau pula ...bila ni Karen?
Err.. relax, biar aku tenang-tenang hidup dulu. Dah! kau ni pula kenapa?! bersungguh sangat suh aku kahwin?
Dalam ramai-ramai engkau sorang je aku tak sabar nak tengok kahwin..
Hurhh..

Pertanyaan tiga
Hey Karen.. kau tak ada keinginan ke nak kahwin?
Mungkin ada... tak timbul je lagi (tak kan nak tolak sunnah kan) 

Pertanyaan empat
Kau tengok, orang lain ada laki, kau tak teringin ke ada laki juga Karennn..
Ada..berlakikan mat salleh. 
Hahaha... aku takut kau kahwin dengan Melayu je nanti, ada juga sebulan aku gelak tanpa henti
Aku takut kau menangis sebulan tanpa henti je nanti bila tengok aku kahwin dengan mat sallllehh.
Elehh...
Sudah tentu Allah tak duga aku kalau aku tak mampu. Dia duga ikut kemampuan. Dan dugaan kahwin dengan Melayu itu satu dugaan maha besar bagi aku. Ha ha ha ha..

Pertanyaan lima
Bila kau nak kahwin Karen oi??
Ok... kejap lagi




Jeng jeng jeng 



Suatu petang saya tengah berbalas mesej. Tiba-tiba rakan sekerja tegur.
Mesej dengan siapa tu? Dari pagi sampai petang ada saja rakan sekerja cari point kenakan saya. Lalu geram saya jawab
Mesej ngan pakwe lah. Kenape?
Kahkahkahkahk.. dari tadi semua elok-elok duk diam tiba-tiba adalah semua orang kat office gelakkan saya
Hey!! apa korang ingat aku ini pili bomba! batang kayu! tiada perasaan! tiada cinta!!!
Kahkahkahk..mereka terus gelak ketawa tanpa di kira perasaan saya
Maaf-maaf Karen. Aku teringin sangat nak tengok kau kawin tapi tak dapat bayang macam mana lah kau bercinta. kahkahkahk.
Ceh!

Apa nasib saya jika bercinta nanti pasti hari-hari dibuat bahan lawak bahan jenaka sedangkan cinta saya bukan cinta jenaka. Nak lihat saya kahwin konon... bayangan saya bercinta pun meraka tak dapat bayang tak dapat tahan. Pehh. 

2
Oh ya...

Gara-gara saya baru pindah rumah baru. Hanya berdua perempuan sahaja. Ada sedikit perasaan takut tiada selamat bila tidur. Saya meminta pertolongan dengan si orang hutan aka rakan sekerja. 

Weii... kau ada tak kasut buruk, seluar baju ke? spender ke?? yang dah tak pakai. Bak sini bagi kat aku.
Kau nak buat apa?
Saje je nak sidai letak kat luar rumah, nanti orang tengok mesti mereka ingat ni rumah orang dah kahwin ada lelaki jadi tak berani kalau nak masuk merompak pun..
Alahh...apa susah. Kau sidai je spender kau kat luar tu, kalau perompak tengok pun mesti dorang ingat ni rumah dah berfamily ada lelaki dah ada anak sebab ada spender K.I.K.O. Hahahaha..
Kambing!

3
Semasa banjir saya tiada dikawasan habitat saya. Berkursus, berada diluar kawasan selama 2 minggu. Secepat mungkin saya tadah tangan dan berkomunikasi dengan tuhan dan catat dimuka buku; 
"kehadapan tuhan timur tuhan barat tiada tuhan lain melainkan Dia, Allah.
mohon peluk saya kuat-kuat ketat kemas sekarang, saya mahu mengemis kekuatan sesungguhnya saya sedang kehilangan kesayangan."
"hey bangang..orang sibuk duk selamatkan diri, perabot kereta bagai...kau pula sibuk nak selamatkan buku. gila. - komen dari rakan sosial" 
"kereta x pa, nanti kalau rosak, repair, boleh jual pastu beli jeep, at least ada alasan nak bagi bila oldwoman tanya kenapa tak pasal-pasal aku gatal nak beli jeep buruk nanti"

Kerna banjir lihat kesannya pada kesayangan saya. 

 

FLEUR AND FCUK

1.
recently i keep telling myself  'sometimes people can be such a fuck!! and i need to be fucking strong!'

2.