METAFORA FLORA PORA POODAH...

Kadang-kadang bila saya tidak berpuas hati mesti ada perumpamaan entah dari mana tiba-tiba reka tanpa berfikir waras. Contoh. 

1
Saya order burger di sebuah kedai paling glamor dimuka bumi ini. Kedai yang bersepah-sepah cawangannya. Pergi corok mana dunia mesti ada. Pastu saya makan.
"Cis! aku paling pantang makan burger tak de bawang. Ibarat lelaki tanpa penis.."
Member dihadapan pandang saya lain macam. Terbeliak biji mata dan terbahak burger di mulut dia. Pastu dia menjeling secara sinis, mencebik mulut sambil pandang di bahagian bawah dagu saya. Dari lirikan mata dia macam nak mengata saya.
"Jangan nak kata ibarat perempuan tanpa dada.. ada juga aku ganti bawang dengan telan orang jap lagi."

2
Ada sekali tu, saya lapar tahap paling tinggi saya panggil tahap dewa. Terus masuk kedai bersama Sherleena. Menu card sungguh tebal, macam-macam jenis makanan ada. Tengok kat gambar sungguh handsome gila lah. Macam muka brad pitt bersepah-sepah kat dalam menu tu. Sungguh tempting. Bila food datang.. nak tahu apa jadi? saya pun paparkan perasaan kecewa itu di mukabuku. 
"food review saya pada restoren sekian pada minggu lepas ialah ibarat perasaan melihat suami sedang bermukah, bercanda asmara dengan si pondan di kamar utama secara diam-diam di belakang. nauzubillahiminzalik. tapi rasa sungguh tertipu dikhianati terkilan bukan. macam haram. 
arhh...pulangkan wang dan kepercayaan saya. 
indah di mata memandang gambar menu makanan tidak semestinya sedap ikut selera di hati. begitu juga dengan figura tampan seorang lelaki, tidak dapat menjamin kebahagian hakiki. - feeeling so meraban-raban."
Pastu ada kenalan di mukabuku komen status saya. Agak bangang juga. 
"Karen.. maknanya ko ok la ek kalo laki ko bermukah dengan pompuan ek...hahahahahahhaa"
Saya reply.
"Ini perumpamaan ngok! Metafora. "IBARAT".
bermukah dengan perempuan = feeling so terribly sad, bad and mad.
Bermukah dengan pondan = feeling so terribly horrible and pathetic. Lebih parah.
Jadi nak cakap makanan kat restaurant tu tahap gila x sedap baban ok dan aku beri harapan dan akhirnya ditipu. Tertipu dengan janji-janji gambar indah belaka."


Dan semalam. Sekali lagi saya pergi ke restaurant sekian-kian-kian. Dan servicenya....hey saya dikecewakan lagi. Di pengakhiran pada pengalaman saya bila usai menjamu selera di restaurant sekian-kian-kian ialah rasa sungguh tertipu. Ibarat dimalam pertama saya sangkakan si romeo adalah masih teruna tetapi ...fool! fool me. So fool... Tiada teruna. Telah menebuk betina lain.. amat marah dan sakit hati bukan..

Jangan tanya saya macam mana mahu mengesan lelaki teruna ke tidak.. kerna ini hanya perumpamaan.

Apa kita expect bila ke fast food restaurant?? mestilah cepat, makanan berminyak dan tak sihat tapi sedap di makan kan... yang penting cepat!

Dah nama fast food restaurant!! so the speed of food service must be fast! quick!. food are served quickly after the order is placed, hurm...at least cincai-cincai in 30 minutes or less.

Huh!! Wakluuu..

Fuckily....yeaaa fuckily!! saya tunggu 1 jam 30 minit lebih.. almost 2 hour. Kalau tengok cerita tamil pun dah masuk part-part ending. Menunggu sampai berbulu. Berbulu?! Haa..ini pun salah satu perumpamaan. Bulu apa?? fikirlah sendiri ikut kesukaan hati masing-masing. Ikutkan hati memang angkat kaki mahu chow.. tapi ikut nafsu sebab dah lama mengidam nak makan.

MUSE, MEMUJA DAN SELAMAT AIDILADHA SEMUA

1.
berasap di dalam bilik malap. hujan rintik-rintik diluar jendela. seiringan serasi alunan melodi muse - shine acoustic di hujung corong speaker.

2.
dulu. tingkatan empat. masih dalam bilik gelap. bertemankan hanya lampu meja. saya biarkan lagu muse - blackout berpusing-pusing tanpa henti. otak saya cukup beku. saya hanya mampu kaku peluk lutut di atas kerusi sambil tenung tak berkelip mata melihat persoalan yang bingung di depan saya. shitte ..i hate add math!

tiba-tiba along masuk bilik

"hoi!! mu study mende nih?? ke duk bertapa sambil dengar lagu memuja setan! apa punye lagu..slow sikit volume tu..!!" 

terus saya terkesima. 

along selalu kata saya suka dengar lagu pelik macam orang memuja. termasuk radiohead, chemical brothers, mono, sigur ros dan lain-lain. come on... along tak berapa nak universal dan tak kenal lagi dunia. pehh..


3. 
oh ya. esok saya masih bekerja walaupun semua rakan se office dah mulakan cuti raya sejak jumaat lepas lagi dan berlarutan sepanjang minggu ini. student cuti seminggu. untuk pertama kali saya beraya keseorangan di tempat asing, bukan seperti kebiasaan 26 tahun yang lampau disisi oldman, oldwoman dan keluarga. ikut tradisi keluarga, raya aidiladha kami sambut besar-besaran berbanding raya aidilfitri.   

sebelum ini saya pernah cakap perihal redha. cakap memang senang sebab pakai tahi gigi sahaja. padahal setiap kali solat saya berdoa memujuk mengemis merayu pada Esa buatkan hati ini redha agar jiwa tenang kesedihan terus reda... tapi sebenarnya saya sendiri keliru adakah saya benar-benar redha sedangkan saya x mampu  pulang ke sana. tempat di mana saya membesar bersama oldman.

hanya berimaginasi pulang ke sana sahaja dah buat hati saya gerun tak keruan. sedih melampau-lampau. takut. saya takut jika saya pulang sana, jiwa akan gugup. kekuatan akan gugur. mungkin saya akan menangis tiada henti berguling-guling di atas bumi hingga hilang kewarasan dirasuk syaitan lalu salahkan semua orang dan tuhan. takut. betul. saya penakut. 

oldwoman minta pertukaran tempat kerja. sudah pun berhijrah ke putrajaya. kira-kira sebulan lepas. dia x sanggup tinggal disana. penuh memori buatkan dia sedih setiap masa. saya faham. dia lari saya pun lari. bukan lari dari kenyataan tapi lari dari kesedihan demi mencari kekuatan untuk teruskan kehidupan. lemah. lemas. mungkin??

4. 
dua minggu lepas saya jumpa oldwoman di putrajaya. kami hanya cakap-cakap beraksi seperti biasa. tapi dalam jiwa betapa hebat dilema bergelora. masa peluk dia, ikutkan hati mahu saja saya menangis dalam dangkapan dia sambil cakap "makk... karen rindu ayahh"

sudah tentu tidak. hanya ciuman di pipi saya sampaikan sambil senyum lebar menampakkan gusi. itu menonjolkan tabiat azali saya dari kecil lagi di depan keluarga saya adalah seorang anak yang tegas, kuat, hati kering, pelik, suka bersendirian dan tidak manja walaupun memegang title anak bongsu perempuan.

saya takut. jika saya luah semua tentu dia bertambah lemah dan sedih. saya sebagai anak kena bertahan! saya tahu. saya faham. oldwoman pun tengah bertahan sedaya dia mampu. oh tuhan..bantu kami semua ya. suntiklah sedikit kekuatan dalam jiwa kami.

dari dulu lagi saya berjanji pada diri sendiri. kalau bermasalah. rasa nak menangis. dan memang nak menangis.. memang boleh. tapi jangan depan keluarga. jangan depan oldwoman. depan member-member pun jangan. menangislah bila bersendirian. belajar jadi kuat bergantung pada diri sendiri dan meminta dengan tuhan. bukan dengan manusia. raya ni pun oldwoman x balik sana. raya dirumah along. dia pelawa ke tempat along. saya tolak beralasankan sibuk banyak kerja. memang betul pun. kerja memang bertimbun. saya perlu siapkan silibus kurikulum baru.

NASI DAN LELAKI MELAYU

1





2
Jom Karen datang umah akak malam ni. Akak masak banyak. - peramah Kakak Sally Yeh offer jemputan.  
X payah ajak akak. Masakan dia datang, Karen ni mana makan nasi. - Sherleena mencelah 
Dalam sebulan berapa kali kau makan nasi Karen? -
Paling maksimun sebulan sekali, paling minimun 3 bulan sekali tapi masa belajar dululah. Sekarang x dah, banyak kena attend aktiviti sosial yang hidang nasi. Jadi Karen kena telan nasi. 
Kenapa x makan nasi? X suka? 
Entah tengok nasi macam tengok lelaki melayu. lari nafsu atau mungkin hilang atau tak ada lansung. 
Hahahaha.....-  tiga-tiga gelak dalam kereta. 
Ok2. Bergurau je. Bukan x suka cuma lebih gemar mee. - serius.. dengan nada betul2 serius saya menjawab. 

Dont get me wrong people, its not like i hate Malay man or anti Malay man.. I'm Malay and my late father was a Malay man.

Kadang-kadang di office manusia suka matching2 orang yang bujang dengan yang bujang, yang mana kebanyakkan semua Melayu. Jadi nak lari benda2 crap ni atau nak matikan jenaka bodoh ini senang je keluarkan statement yang mana semua orang Melayu di office rasa annoying gila dan menggelupur nak sekeh kepala bila dengar orang Melayu tulen makan belacan bersama lambchop cakap "Eh, aku x suka lelaki melayu lah... nak kawin dengan mat salleh je! india cina negro pun ok, janji bukan melayu" 

Cakap betul2 serius tau sambil pandang tepat di muka mereka, lihat macam mana reaksinya. Macam perempuan tahan senggugut. Saya pula dibelakang nak gelak guling-guling macam tenggiling, Tapi jangan. Tahankan aja.

Saya tak fikir kahwin dengan mat salleh atau orang kafir itu senang, demi cinta semua jalan. Itu fantasi liar tipikal wanita kebanyakkan je. Bagi yang pentingkan agama itu tak senang. Yang mana agama no 2 cinta no 1 memang senang. Suami minum wain kita pun berbuka puasa dengan wain sekali.

Saya yang muslim dari azali lahir lagi tak tentu dapat perform solat sempurna. Inikan pula nak ajar atau jadikan ketua kepala rumah orang yang kafir azali sejak lahir. Lainlah demi hidayah dari Esa pasti semua jalan. 

Tapikan.... kalaulah ditakdirkan tuhan saya dapat Anthony Bourdain atau Shugo Tokumaru yang masuk Islam pasti cun! haha..apa salahnya. Tengok saja Cat Steven. Sekarang semua jalan menuju syurga. Tapi harap biar Shugo masuk Islam kerna agama bukan kerna perempuan kemudian baru datang jumpa saya, mungkin akan dipertimbangkan. Pehh.. Berangan-angan memang best dan ia percuma saja!