RAWAN DAN MELANKOLIS

1.
ahhhh! nafsu dia memang besar, bukan setakat rakyat atau orang bawahan dia mahu pijak-pijak cekik makan biarkan mati kesusahan, kalau boleh langit pun dia mahu telan, apa? dia ingat dia tuhan!! 

nanti di hari berhadapan dengan tuhan.. saya mahu lihat siapa yang sebenar-benar tuhan mampu memiliki bulan?? Allah.



2. 
mengemis sisa-sisa baki kasih sayang melalui secebis nota usang kenangan dari arwah oldman. saya sungguh merinduinya tuhan... Wahai Allah, berbahagialah oldman saya disana bersama-sama orang yang beriman di dalam flora fauna syurga al-firdausi Mu tuhan. aminn.

2008, ketika itu saya di sems 5, practical training, untuk 6 bulan saya tak pulang rumah. pada hari kelahiran saya. oldman postokan hadiah sebuah jam tangan bersama cebisan nota manakala oldwoman posto dua cd classic; patti page dan connie francis (masa ini lagu stupid cupid adalah kegemaran saya). cebisan nota ini saya lipat simpan dan selitkan di dalam buku surah yaasin. tapi malangnya bencana banjir telah tenggelamkan nota usang di dalam sebuku yaasin bersama sejadah dan uniform sembahyang saya. saya kutip, keringkan. tulisan walaupun pudar masih dapat dibaca dan terbelah terkoyak. 


3. 
biarlah rawan dan melankolis ini berhimpun sampai penuh dadanya - birunya biru



4.
hari audit aset. untuk saya punye jurusan mereka akan audit setiap aset yang ada di kitchen. berapa pisau berapa ice maker machine, marble tabletop, salamander, poofer, blender, and bla bla bla.. dalam kelekaan menerangkan di mana setiap posisi barang bersama seorang lagi rakan sekerja, tiba-tiba auditor mencelah menanyakan soalan 

"ehh..ini pensyarah juga ke?" sambil menunding jari ke arah saya.
"ha..yalah" pantas rakan sekerja menjawab
"laaa..apsal kecik sangat, mula-mula saya ingatkan student"

habis yang tadi... masa saya sibuk-sibuk bercakap sampai berbuih mulut macam orang kena santau tadi mesti dia tak berapa nak endah. macam nak percaya ke tak dengan budak ni. benda ini pun sama terjadi ketika berkursus tiga minggu lepas di institusi lain. dalam surai usai solat zohor tiba-tiba ada dua budak perempuan tersengih-sengih datang ke arah saya sambil bertanya 

"elektrik ekk?!"
"siapa?" saya keliru
"awaklah..." yakin je dia jawab

ahh.... rupa-rupanya muka saya ni ada gaya macam budak electric. 


5.
saya dalam kegelisahan. untuk sekian lama saya ambil keputusan hujung minggu ini pulang ke sana, ke rumah oldman. itu pun selepas puas along pujuk. kami ramai-ramai pulang sana bersama oldwoman dengan harapan bila ramai mesti kurang perasaan sayu itu. saya takut. kekuatan saya tahan mungkin akan gugur berderai. mohon tabahkan saya tuhan!. 

dalam kepala terlalu kusut hitam, saya biarkan legam berkumpul di paru-paru dengan harapan biar jernih terbit di kepala terus menjernihkan keadaan. maafkan saya paru-paru. dah lama saya tak sentuh sebenarnya.. 

 

ROSE, I'M FEELING OLDER

1
perihal tontonan secara tak sengaja di kaca peti empat segi beberapa malam yang lepas harus dijadikan pedoman untuk saya dan semua; 

yang mualaf pun tahu tutup habis di majlis akad nikah sedangkan yang muslim azali terus bogel habis. hormatnya pada sesuatu majlis agama mungkin lenyap bersama gah kilauan permata belian di junjung kepala dan wah lilitan mewah di leher.

moga Allah hanya tuhan punya ini alam merahmati pasangan berkenaan dan kita semua. aminn.

majlis perkahwinan cukup pakej dilaknat oleh tuhan. siapa kehendak? mungkin tak sengaja sahaja atau tiada perasan. 

2. 
Alahai tuhan, mohon pancarkan sinar bola merah Mu sampai muncul bintang hitam malam, hangatkan saya punya kesayangan, agar nanti malam dapat saya bermesra sayang bersama kesayangan




3.
"makan hidupan dua alam adalah haram aptah lagi dalam hidup ini menjadi dua alam atau gemar dua-dua alam"
4.
here..some shitty art by me. dinding di rumah baru. seperti mana orang utan aka rakan sekerja mengeluh ketika bantu saya waktu banjir lepas, dia kata; " oi ini rumah ke library?" saya jawab "ini gallib house = gallery + library"

Masa mula-mula pindah rumah baru, saya dan partner serumah memang pokai habis. Ialah pindah masuk rumah baru, macam-macam kena install dan beli baru. Dompet nipis perut kempis. Lalu Sherleena utarakan cadangan.

"Apa kata kau tampal semua lukisan kau tu kat dinding pastu kita buat opening new gallery kat sini, sekali masuk rm10..rasa-rasa ada orang datang tak??"

"seratus juta tahun akan datang pun orang atau haiwan tak akan datang, cari plan lain, kalau jual kau boleh lahh, meh aku jadi mak ayam, untung kita bagi 60-40. kahkahkah"




5.
"perbezaan nyata di antara mahathir dengan najib selain dalam pentadbiran negara adalah cara mentadbir bini"
6.
"jangan berjanji kalau tak mampu tepati. itu naa jib"
7.
Arini adalah dekat lebih 10 kali lagu ini saya replay replay kan. happy monday to all..



Rose, I'm feeling older
I was as lucky as a four-leaved clover
I tried to be happy it wasn't easy
When I choose my color it will be Razzle Dazzle Rose
Rose, I'm feeling older
Courage my love it makes me bolder
Expecting softness can lead to foolishness
When I choose my color it will be Razzle Dazzle rose

CINTA SAYA BUKAN CINTA JENAKA

1
Kat office ada kakak umurnya 32, in sha allah bulan 1 tahun depan dia kahwin. Sebelum ni agak kerap juga kakak ni mengadu perihal jodoh dengan saya. Syukur ke hadrat Ilahi, saya gembira bagi pihak dia dan pasangan. Yang saya tidak gembira, dia pula buat-buat sibuk tentang saya. Macam-macam soalan kahwin dia dan lain-lain tujukan sedangkan oldwoman buat tak kesah je pasal ni.

Pertanyaan satu
Hey Karenn... bila pula kau nak kahwin?
Relax lah dulu, bagi yang perlukan terlebih dahulu.

Pertanyaan dua
Kau pula ...bila ni Karen?
Err.. relax, biar aku tenang-tenang hidup dulu. Dah! kau ni pula kenapa?! bersungguh sangat suh aku kahwin?
Dalam ramai-ramai engkau sorang je aku tak sabar nak tengok kahwin..
Hurhh..

Pertanyaan tiga
Hey Karen.. kau tak ada keinginan ke nak kahwin?
Mungkin ada... tak timbul je lagi (tak kan nak tolak sunnah kan) 

Pertanyaan empat
Kau tengok, orang lain ada laki, kau tak teringin ke ada laki juga Karennn..
Ada..berlakikan mat salleh. 
Hahaha... aku takut kau kahwin dengan Melayu je nanti, ada juga sebulan aku gelak tanpa henti
Aku takut kau menangis sebulan tanpa henti je nanti bila tengok aku kahwin dengan mat sallllehh.
Elehh...
Sudah tentu Allah tak duga aku kalau aku tak mampu. Dia duga ikut kemampuan. Dan dugaan kahwin dengan Melayu itu satu dugaan maha besar bagi aku. Ha ha ha ha..

Pertanyaan lima
Bila kau nak kahwin Karen oi??
Ok... kejap lagi




Jeng jeng jeng 



Suatu petang saya tengah berbalas mesej. Tiba-tiba rakan sekerja tegur.
Mesej dengan siapa tu? Dari pagi sampai petang ada saja rakan sekerja cari point kenakan saya. Lalu geram saya jawab
Mesej ngan pakwe lah. Kenape?
Kahkahkahkahk.. dari tadi semua elok-elok duk diam tiba-tiba adalah semua orang kat office gelakkan saya
Hey!! apa korang ingat aku ini pili bomba! batang kayu! tiada perasaan! tiada cinta!!!
Kahkahkahk..mereka terus gelak ketawa tanpa di kira perasaan saya
Maaf-maaf Karen. Aku teringin sangat nak tengok kau kawin tapi tak dapat bayang macam mana lah kau bercinta. kahkahkahk.
Ceh!

Apa nasib saya jika bercinta nanti pasti hari-hari dibuat bahan lawak bahan jenaka sedangkan cinta saya bukan cinta jenaka. Nak lihat saya kahwin konon... bayangan saya bercinta pun meraka tak dapat bayang tak dapat tahan. Pehh. 

2
Oh ya...

Gara-gara saya baru pindah rumah baru. Hanya berdua perempuan sahaja. Ada sedikit perasaan takut tiada selamat bila tidur. Saya meminta pertolongan dengan si orang hutan aka rakan sekerja. 

Weii... kau ada tak kasut buruk, seluar baju ke? spender ke?? yang dah tak pakai. Bak sini bagi kat aku.
Kau nak buat apa?
Saje je nak sidai letak kat luar rumah, nanti orang tengok mesti mereka ingat ni rumah orang dah kahwin ada lelaki jadi tak berani kalau nak masuk merompak pun..
Alahh...apa susah. Kau sidai je spender kau kat luar tu, kalau perompak tengok pun mesti dorang ingat ni rumah dah berfamily ada lelaki dah ada anak sebab ada spender K.I.K.O. Hahahaha..
Kambing!

3
Semasa banjir saya tiada dikawasan habitat saya. Berkursus, berada diluar kawasan selama 2 minggu. Secepat mungkin saya tadah tangan dan berkomunikasi dengan tuhan dan catat dimuka buku; 
"kehadapan tuhan timur tuhan barat tiada tuhan lain melainkan Dia, Allah.
mohon peluk saya kuat-kuat ketat kemas sekarang, saya mahu mengemis kekuatan sesungguhnya saya sedang kehilangan kesayangan."
"hey bangang..orang sibuk duk selamatkan diri, perabot kereta bagai...kau pula sibuk nak selamatkan buku. gila. - komen dari rakan sosial" 
"kereta x pa, nanti kalau rosak, repair, boleh jual pastu beli jeep, at least ada alasan nak bagi bila oldwoman tanya kenapa tak pasal-pasal aku gatal nak beli jeep buruk nanti"

Kerna banjir lihat kesannya pada kesayangan saya. 

 

FLEUR AND FCUK

1.
recently i keep telling myself  'sometimes people can be such a fuck!! and i need to be fucking strong!'

2. 
















ANAK YANG KEMATIAN AYAH ITU, TIADA REDHA, TUHAN MURKA, SUDAH PUN GILA

Tak pernah saya ketahui rupanya kat dunia ini ada orang riang ria melompat gembira bila lihat di atas kesedihan orang lain. Apa?! sungguh gila. Saya bukan saja lihat malah dengar sahaja derita orang lain saya bertambah hiba. Tapi kali ini berbeza, buat pertama kali saya jumpa manusia macam ni, sumpah! berjuta-juta perasaan sayu mengandung dalam jiwa saya sekarang ini. 

Perasaan saya diatas kematian ayah saya engkau anggap itu melucukan. Perasaan kesedihan saya itu boleh engkau gelakkan ejekkan tapi disebalik semua ini, "kematian ayah saya itu bukan jenaka sebenarnya." Ayah saya meninggal baru 4 bulan lebih bukan 40 bulan yang lampau. Walaupun saya beraksi biasa di siang hari di pejabat tidak bermakna saya dah lupa ayah sudah tiada. Saya beraksi biasa sebab itu cara saya kumpulkan kekuatan. Semangat saya bina, kesedihan saya pendam, dalam sekelip mata engkau ranap hancurkan. 

Apa hidup engkau bertambah-tambah gembira bila lihat saya menangis sakan? Kenapa perlu pertikaikan di atas saya beraksi biasa hanya kelihatan gembira saja? kenapa? adakah saya patut murung sedih memanjang di depan engkau? adakah saya patut diam seribu meleleh air mata darah di depan engkau?? 

Mungkin dimata mulia engkau tu melihat saya tengah sempurna bahagia sekarang. Sedangkan sepanjang hayat dalam hidup ini... inilah saat saya dalam keadaan 'perfectly pathetic' dan tahap tahan habis-habisan berjuang. Sampaikan gambar oldman dalam telefon bimbit saya tak ada kekuatan nak lihat tekan button next picture. Aptah lagi pulang ke rumah halaman sana malah mak pun pindah dari sana. Kadang-kadang saya masih lagi dalam pelarian penafian tentang ini semua, pura-pura berfantasi oldman ada dirumah sekarang tengah baca surat khabar dengan kaca matanya di ruang tamu. Pura-pura berfantasi oldman masih ada disana, tiap-tiap petang siram pokok bunganya. 

Tipu!!
Ini semua tipu!!
Ayah dah tiada!! dah tiada Karen!!

Heyy...mahu lihat saya dalam keadaan menyedihkan separa gila hampir mahu lesap iman.... lihatlah bila malam sebelum saya tidur. Dibawah bantal dalam selimut, tersedu-sedu saya tahan menangis tapi akhirnya air mata saya mengalir tiada henti, sebak dada, sedih dan rindu teramat, meraung-raung memanggil orang mati, menangis lagi dan lagi dan lagi sampai lebam mata sakit kepala. Iya.. saya tewas pada emosi. Jika masyarakat melihat keadaan saya ini, mereka akan tafsir saya separa melayang akal hampir hilang iman sudah lupa Tuhan. Orang yang tiada redha? bukan! saya hanya sedih dan rindu terlampau pada yang mati sahaja. 

Betapa teruk keadaannya... saya tahu saya pasti diperhujung seisi gila meroyan ini tentu ada suara bisikan di hati yang akan menyedarkan saya 'istighfar Karen...ingat Tuhan'. Jadi kebanyakkan malam selepas meroyan dengan hati berkumat-kamit beristighfar mohon tenang dan keampunan dari Tuhan... lalu terus saya lena ke alam mimpi hitam kosong legam. 

Keesokkan, bangun pagi, dalam doa seisi subuh saya mengemis kekuatan dari Tuhan, pandang langit biru, terima kasih Tuhan, terus pergi kerja dengan senyuman. Biarpun paslu, tapi itu menunjukkan saya bukan lemah. Saya pejuang. 

Keadaan meroyan gila ini patutkah saya pamer pada lalat kebanyakkan macam engkau. Patutkah? Sudah tentu tak patut pasti bertebar-tebar fitnah dalam masyarakat mengatakan 'anak yang baru kematian ayah itu, tiada redha, tuhan murka, sudah pun gila, sungguh kasihan'. Hurmm...mungkin ini akan terjadi dan mungkin yang akan tabur fitnah itu lalat kebanyakkan macam engkau. Apa-apa pun, keep your damn pity to yourself, i dont need it!! and to oo Allah my dear lord, i need strength. 

Lagi satu, engkau bukan orang penting dalam hidup saya. Jadi segala sedih suram hidup saya hanya orang yang penting saja ketahui. Macam Allah. Macam Tuhan. Hanya Dia ketahui semua rahsia sedih saya. Ya.. Dia penting bagi saya dan ini buatkan Dia sungguh istimewa. Dan engkau hanyalah orang kebanyakkan sahaja, eh bukan!...hanya lalat kebanyakkan. Jadi tak perlu tahu semua..buat semak buat bising sahaja dan tiada istimewa. 

I wont forgive you... No! i should forgive you. Yes! i should forgive you. But for the rest of my life i wont forget this. 

Maaf engkau tu.. simpan saja. Usah perlu merayu pinta sudah tentu saya tunaikan saja. Kata-kata kau tu dah terlanjur, diundurkan kembali pun tak ada guna. Ayah dah pergi, maaf engkau sejuta kali pun tak akan buat dia hidup kembali. 

I'm easily to forgive but hardly to forget. In the end.... 

Saya doakan moga Allah panjangkan umur mak ayah engkau agar engkau tak akan rasa sengsara dengan apa yang saya rasa sekarang dan saya berdoa moga hidup engkau berbahagia sampai mati. 

Tak!

Saya nak berdoa macam ni sebenarnya;

Saya doakan moga mak ayah engkau tak akan mati maka engkau berbahagia sampai mati.

Humphh!

METAFORA FLORA PORA POODAH...

Kadang-kadang bila saya tidak berpuas hati mesti ada perumpamaan entah dari mana tiba-tiba reka tanpa berfikir waras. Contoh. 

1
Saya order burger di sebuah kedai paling glamor dimuka bumi ini. Kedai yang bersepah-sepah cawangannya. Pergi corok mana dunia mesti ada. Pastu saya makan.
"Cis! aku paling pantang makan burger tak de bawang. Ibarat lelaki tanpa penis.."
Member dihadapan pandang saya lain macam. Terbeliak biji mata dan terbahak burger di mulut dia. Pastu dia menjeling secara sinis, mencebik mulut sambil pandang di bahagian bawah dagu saya. Dari lirikan mata dia macam nak mengata saya.
"Jangan nak kata ibarat perempuan tanpa dada.. ada juga aku ganti bawang dengan telan orang jap lagi."

2
Ada sekali tu, saya lapar tahap paling tinggi saya panggil tahap dewa. Terus masuk kedai bersama Sherleena. Menu card sungguh tebal, macam-macam jenis makanan ada. Tengok kat gambar sungguh handsome gila lah. Macam muka brad pitt bersepah-sepah kat dalam menu tu. Sungguh tempting. Bila food datang.. nak tahu apa jadi? saya pun paparkan perasaan kecewa itu di mukabuku. 
"food review saya pada restoren sekian pada minggu lepas ialah ibarat perasaan melihat suami sedang bermukah, bercanda asmara dengan si pondan di kamar utama secara diam-diam di belakang. nauzubillahiminzalik. tapi rasa sungguh tertipu dikhianati terkilan bukan. macam haram. 
arhh...pulangkan wang dan kepercayaan saya. 
indah di mata memandang gambar menu makanan tidak semestinya sedap ikut selera di hati. begitu juga dengan figura tampan seorang lelaki, tidak dapat menjamin kebahagian hakiki. - feeeling so meraban-raban."
Pastu ada kenalan di mukabuku komen status saya. Agak bangang juga. 
"Karen.. maknanya ko ok la ek kalo laki ko bermukah dengan pompuan ek...hahahahahahhaa"
Saya reply.
"Ini perumpamaan ngok! Metafora. "IBARAT".
bermukah dengan perempuan = feeling so terribly sad, bad and mad.
Bermukah dengan pondan = feeling so terribly horrible and pathetic. Lebih parah.
Jadi nak cakap makanan kat restaurant tu tahap gila x sedap baban ok dan aku beri harapan dan akhirnya ditipu. Tertipu dengan janji-janji gambar indah belaka."


Dan semalam. Sekali lagi saya pergi ke restaurant sekian-kian-kian. Dan servicenya....hey saya dikecewakan lagi. Di pengakhiran pada pengalaman saya bila usai menjamu selera di restaurant sekian-kian-kian ialah rasa sungguh tertipu. Ibarat dimalam pertama saya sangkakan si romeo adalah masih teruna tetapi ...fool! fool me. So fool... Tiada teruna. Telah menebuk betina lain.. amat marah dan sakit hati bukan..

Jangan tanya saya macam mana mahu mengesan lelaki teruna ke tidak.. kerna ini hanya perumpamaan.

Apa kita expect bila ke fast food restaurant?? mestilah cepat, makanan berminyak dan tak sihat tapi sedap di makan kan... yang penting cepat!

Dah nama fast food restaurant!! so the speed of food service must be fast! quick!. food are served quickly after the order is placed, hurm...at least cincai-cincai in 30 minutes or less.

Huh!! Wakluuu..

Fuckily....yeaaa fuckily!! saya tunggu 1 jam 30 minit lebih.. almost 2 hour. Kalau tengok cerita tamil pun dah masuk part-part ending. Menunggu sampai berbulu. Berbulu?! Haa..ini pun salah satu perumpamaan. Bulu apa?? fikirlah sendiri ikut kesukaan hati masing-masing. Ikutkan hati memang angkat kaki mahu chow.. tapi ikut nafsu sebab dah lama mengidam nak makan.

MUSE, MEMUJA DAN SELAMAT AIDILADHA SEMUA

1.
berasap di dalam bilik malap. hujan rintik-rintik diluar jendela. seiringan serasi alunan melodi muse - shine acoustic di hujung corong speaker.

2.
dulu. tingkatan empat. masih dalam bilik gelap. bertemankan hanya lampu meja. saya biarkan lagu muse - blackout berpusing-pusing tanpa henti. otak saya cukup beku. saya hanya mampu kaku peluk lutut di atas kerusi sambil tenung tak berkelip mata melihat persoalan yang bingung di depan saya. shitte ..i hate add math!

tiba-tiba along masuk bilik

"hoi!! mu study mende nih?? ke duk bertapa sambil dengar lagu memuja setan! apa punye lagu..slow sikit volume tu..!!" 

terus saya terkesima. 

along selalu kata saya suka dengar lagu pelik macam orang memuja. termasuk radiohead, chemical brothers, mono, sigur ros dan lain-lain. come on... along tak berapa nak universal dan tak kenal lagi dunia. pehh..


3. 
oh ya. esok saya masih bekerja walaupun semua rakan se office dah mulakan cuti raya sejak jumaat lepas lagi dan berlarutan sepanjang minggu ini. student cuti seminggu. untuk pertama kali saya beraya keseorangan di tempat asing, bukan seperti kebiasaan 26 tahun yang lampau disisi oldman, oldwoman dan keluarga. ikut tradisi keluarga, raya aidiladha kami sambut besar-besaran berbanding raya aidilfitri.   

sebelum ini saya pernah cakap perihal redha. cakap memang senang sebab pakai tahi gigi sahaja. padahal setiap kali solat saya berdoa memujuk mengemis merayu pada Esa buatkan hati ini redha agar jiwa tenang kesedihan terus reda... tapi sebenarnya saya sendiri keliru adakah saya benar-benar redha sedangkan saya x mampu  pulang ke sana. tempat di mana saya membesar bersama oldman.

hanya berimaginasi pulang ke sana sahaja dah buat hati saya gerun tak keruan. sedih melampau-lampau. takut. saya takut jika saya pulang sana, jiwa akan gugup. kekuatan akan gugur. mungkin saya akan menangis tiada henti berguling-guling di atas bumi hingga hilang kewarasan dirasuk syaitan lalu salahkan semua orang dan tuhan. takut. betul. saya penakut. 

oldwoman minta pertukaran tempat kerja. sudah pun berhijrah ke putrajaya. kira-kira sebulan lepas. dia x sanggup tinggal disana. penuh memori buatkan dia sedih setiap masa. saya faham. dia lari saya pun lari. bukan lari dari kenyataan tapi lari dari kesedihan demi mencari kekuatan untuk teruskan kehidupan. lemah. lemas. mungkin??

4. 
dua minggu lepas saya jumpa oldwoman di putrajaya. kami hanya cakap-cakap beraksi seperti biasa. tapi dalam jiwa betapa hebat dilema bergelora. masa peluk dia, ikutkan hati mahu saja saya menangis dalam dangkapan dia sambil cakap "makk... karen rindu ayahh"

sudah tentu tidak. hanya ciuman di pipi saya sampaikan sambil senyum lebar menampakkan gusi. itu menonjolkan tabiat azali saya dari kecil lagi di depan keluarga saya adalah seorang anak yang tegas, kuat, hati kering, pelik, suka bersendirian dan tidak manja walaupun memegang title anak bongsu perempuan.

saya takut. jika saya luah semua tentu dia bertambah lemah dan sedih. saya sebagai anak kena bertahan! saya tahu. saya faham. oldwoman pun tengah bertahan sedaya dia mampu. oh tuhan..bantu kami semua ya. suntiklah sedikit kekuatan dalam jiwa kami.

dari dulu lagi saya berjanji pada diri sendiri. kalau bermasalah. rasa nak menangis. dan memang nak menangis.. memang boleh. tapi jangan depan keluarga. jangan depan oldwoman. depan member-member pun jangan. menangislah bila bersendirian. belajar jadi kuat bergantung pada diri sendiri dan meminta dengan tuhan. bukan dengan manusia. raya ni pun oldwoman x balik sana. raya dirumah along. dia pelawa ke tempat along. saya tolak beralasankan sibuk banyak kerja. memang betul pun. kerja memang bertimbun. saya perlu siapkan silibus kurikulum baru.

NASI DAN LELAKI MELAYU

1





2
Jom Karen datang umah akak malam ni. Akak masak banyak. - peramah Kakak Sally Yeh offer jemputan.  
X payah ajak akak. Masakan dia datang, Karen ni mana makan nasi. - Sherleena mencelah 
Dalam sebulan berapa kali kau makan nasi Karen? -
Paling maksimun sebulan sekali, paling minimun 3 bulan sekali tapi masa belajar dululah. Sekarang x dah, banyak kena attend aktiviti sosial yang hidang nasi. Jadi Karen kena telan nasi. 
Kenapa x makan nasi? X suka? 
Entah tengok nasi macam tengok lelaki melayu. lari nafsu atau mungkin hilang atau tak ada lansung. 
Hahahaha.....-  tiga-tiga gelak dalam kereta. 
Ok2. Bergurau je. Bukan x suka cuma lebih gemar mee. - serius.. dengan nada betul2 serius saya menjawab. 

Dont get me wrong people, its not like i hate Malay man or anti Malay man.. I'm Malay and my late father was a Malay man.

Kadang-kadang di office manusia suka matching2 orang yang bujang dengan yang bujang, yang mana kebanyakkan semua Melayu. Jadi nak lari benda2 crap ni atau nak matikan jenaka bodoh ini senang je keluarkan statement yang mana semua orang Melayu di office rasa annoying gila dan menggelupur nak sekeh kepala bila dengar orang Melayu tulen makan belacan bersama lambchop cakap "Eh, aku x suka lelaki melayu lah... nak kawin dengan mat salleh je! india cina negro pun ok, janji bukan melayu" 

Cakap betul2 serius tau sambil pandang tepat di muka mereka, lihat macam mana reaksinya. Macam perempuan tahan senggugut. Saya pula dibelakang nak gelak guling-guling macam tenggiling, Tapi jangan. Tahankan aja.

Saya tak fikir kahwin dengan mat salleh atau orang kafir itu senang, demi cinta semua jalan. Itu fantasi liar tipikal wanita kebanyakkan je. Bagi yang pentingkan agama itu tak senang. Yang mana agama no 2 cinta no 1 memang senang. Suami minum wain kita pun berbuka puasa dengan wain sekali.

Saya yang muslim dari azali lahir lagi tak tentu dapat perform solat sempurna. Inikan pula nak ajar atau jadikan ketua kepala rumah orang yang kafir azali sejak lahir. Lainlah demi hidayah dari Esa pasti semua jalan. 

Tapikan.... kalaulah ditakdirkan tuhan saya dapat Anthony Bourdain atau Shugo Tokumaru yang masuk Islam pasti cun! haha..apa salahnya. Tengok saja Cat Steven. Sekarang semua jalan menuju syurga. Tapi harap biar Shugo masuk Islam kerna agama bukan kerna perempuan kemudian baru datang jumpa saya, mungkin akan dipertimbangkan. Pehh.. Berangan-angan memang best dan ia percuma saja! 

MISERY


Saya tunggu oldman dalam mimpi tapi tak muncul-muncul pun lagi. Saya rindu oldman bagai nak mati. Harap bila saya mati nanti kita dapat jumpa lagi.

Tak tahu kenapa malam ini mata saya tak dapat lelap ke alam mimpi. Semua memori kita bersama terus berputar tayang dalam kepala ibarat wayang cerita tanpa ada penamatnya.

Terus dalam kelam saya ke dapur teguk susu penuh krim moga mata ini penat terkatup nanti. Tanpa saya sedari air mata mengalir laju dipipi. Hati sebak dada sesak tak tertahan sekali. Tidak pernah saya ketahui dan bayangkan betapa perasaan rindu itu sungguh seksa. Terasa amat sunyi. Malah tidak pernah sebelum ini saya rasa sesunyi sebegini. Sepi. Lalu saya tersungkur di depan peti sejuk laju-laju air mata mengalir meraung memangil-mangil oldman.







Sebelum setan menguasai jiwa miseri ini, lebih baik saya berwuduk, beristighfar dan meringankan hati dengan mencatat perasaan di laman ini. 



Saya fikir saya harus gilakan diri dengan kerja. Tentu semua ini saya dapat lupa.