ALONE AGAIN NATURALLY

Kebelakangan ini kerap sangat dipersoalkan. Orang selalu anggap akak ni tiada kawan hidup sunyi sepi sebab selalu ambil gambar mendalam ala- ala melankolis sepi gituu. Makan sorang-sorang ke? Pergi sorang-sorang ke?

Sepi itu sebahagian kecil ada dalam kehidupan ni dik oi. Mungkin hidup korang sempurna malah korang pun sempurna maka kehidupan korang selalu bahagia dan sentiasa dibawah junjungan pelangi, jadi disebabkan ini tiada pernah rasa apa itu sepi. Ewahhh...fantastik gittuuuu. Heheheh. Hidup ni sepi itu ada sedikit dik oi tapi ko x tahu kat alam kubur tu lagi gelap gelita sepi dia lain macam tahap kronik punye dik oi. Sepi tanpa ditemani kerabat, keluarga, kekasih atau teman semasa di dunia. Kang akak dah membebel. Herk.

Kadang-kadang kita ingat kita kenal dan faham seseorang melalui penilaian gambo atau paparan di laman sesawang je. Eh dia ni kawan ngan pokok ke, ngan matahari ke, cahaya matahari ke, ngan awan langit ke? Gila ke apa? Hahaha. Ish ish ish.

Bahagian orang penting dalam hidup ni mau pun bahagian riang ria gembira sayu sadis yang terlalu sulit bagi akak...ada akak simpan dalam memori simpanan peribadi laa dik oi. Well u noeee bende sulit, peribadi dan bahagian penting contoh seperti buah dada atau alat kelamin..kita tak tunjuk kat orang kan kan kan. Kahakahakah. Contoh kay contoh.. Akak ni takde lah gila nak berkawan dengan matahari bulan rumput bagai disebabkan kesepian sangat.

Bukan apa... takut papar ultimate happiness sokmo kan korang akan down "Ya Allah kenapa lah hidup aku x macam dia, why why? why? Dia bahagia, dia makan tempat best-best dengan kawan-kawan dia yang ramai..dia pergi cuti sana situ sini, kenapa bukan aku? Kenapa?"

Haa kat sini nampak tak element-elemant tak senonoh tak bersyukur pada Tuhan, kang kena laknat kan kan kan...al maklumlah suka memperbanding-bandingkan adalah sifat manusia biasa. Akak faham.. Akak pun kadang-kadang macam tu. Suka bandingkan diri dengan Lady Rose.

Sebenarnya ada hikmah bila akak post part sedih sepi dan kegagalan... Ia akan memotivasikan dan mempositifkan hidup korang sebenarnya tau tau... , ko akan feeling great! superb duperb!.. "rupanya hidup aku lebih baik dan bagus! ya rabbi alhamdullillah di atas kehidupan ini. Kalau nak comparekan dgn hidup si karen ni, makan sorang jalan sorang tiada kawan tiada laki tiada anak, mak aihh hidup kelam laa...ishh menyedihkanlah! Nauzubillahiminzalik."

Aahaaa... Kang comel gitu. Bersemangat nak hidup dan berterima kasih pada Illahi. Hehehege.

Baik kan Adinda. Adinda x nak kasi orang kebanyakkan feeling down ja.

Nah... Tengok ni sepinya lautan itu. Tapi tenang kan. Terima kasih Tuhan mencipta dan memberi kesempatan untuk kami melihat semua ini.